MY TITLE

MY TITLE

Friday, 31 January 2014

Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

Apakah SLE?

Systemic Lupus Erythematosus, lebih dikenali sebagai SLE, adalah sejenis penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protein darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Ia boleh menyerang mana-mana bahagian tubuh termasuklah kulit, sendi-sendi, buah pinggang, otak, dan organ-organ lain. Punca penyakit SLE adalah tidak diketahui.

Siapa yang berisiko?

  • Wanita lebih berisiko tinggi berbanding lelaki (90% penghidap SLE adalah wanita)
  • Tidak mengira usia tetapi paling kerap dilingkungan umur 15 - 50 tahun
  • Bangsa Afrika-Amerika dan Asia paling ramai menghidap SLE berbanding bangsa lain (Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang disahkan menghidap SLE within 30 years)

Gejala SLE
  • Sakit sendi dan bengkak - sendi jari, sendi tangan, pergelangan tangan, siku, bahu, sendi lutut
  • Sakit dada apabila menarik nafas dalam-dalam
  • Keletihan yang melampau
  • Demam tiba-tiba tanpa sebab
  • Ketidakselesaan, kegelisahan, rasa macam nak demam
  • Keguguran rambut
  • Ulser mulut
  • Alahan terhadap cahaya matahari
  • Ruam pada kulit (butterfly rash)
  • Bengkak Limfa Nod
Terdapat juga simptom lain SLE yang bergantung kepada bahagian yang dijangkiti:

  • Otak dan sistem saraf : sakit kepala, pekak, berdengung, masalah penglihatan, perubahan personaliti
  • Masalah penghadaman : sakit perut, loya, muntah
  • Jantung : degupan yang luar biasa
  • Paru-paru : batuk berdarah dan sukar bernafas
  • Kulit : Warna kulit bertompok, jari yang berubah warna bila sejuk
Komplikasi SLE
  • Kegagalan ginjal
  • Gumpalan darah pada kaki atau paru-paru
  • Kerosakan pada sel darah merah
  • Radang pada jantung
  • Kerosakan pada tisu paru-paru
  • Komplikasi semasa hamil seperti keguguran
  • Menyebabkan strok
  • Mengurangkan bilangan platelet darah
  • Keradangan pada salur darah

Cadangan Vitamin Shaklee bagi Pesakit SLE
  • Vivix : Mengimpak 4 mekanisme utama penuaan selular
  • B-Complex : Memelihara kesihatan kulit, membran mukosa, darah, saraf dan sendi
  • Vita-C SR : Membantu fungsi imun, melindungi kulit, organ dan mempertingkatkan pemulihan
  • Vita E Complex : Untuk masalah kulit dan sendi
  • Omega Guard : Mengurangkan inflamasi sendi, ginjal dan organ-organ lain
  • Collagen Powder : Menggalakkan kulit sihat
  • GLA Complex : Menggalakkan kulit sihat
  • E Soy Protein : Penting untuk formasi kulit dan aktiviti sel darah putih
  • Nutriferon : Mempertingkatkan sistem imun
  • Ostematrix : Untuk imbangan pH dan mengelakkan kepupusan tulang
  • CarotoMax : Membantu fungsi imun
  • Garlic : Anti inflamasi & agen antiviral
  • Herb-Lax : Membersihkan usus dan detoks

Set Bajet untuk SLE











Thursday, 30 January 2014

Selepas 2 bulan menyertai Shaklee



Dua bulan selepas menyertai keluarga besar Shaklee....

Alhamdulillah...walaupun tak mendapat bonus yang besar seperti sahabat-sahabat yang lain, tapi saya tetap bersyukur kerana dengan menjadi ahli Shaklee, saya bukan saja dapat membeli produk yang ternyata sesuai dengan saya pada 20% off, malah dapat juga membantu adik-beradik, rakan-rakan dan jiran-jiran untuk mendapat diskaun.

Paling bermakna buat saya ialah ilmu tentang dunia vitamin yang saya tak pernah ambil kisah sebelum ini, ilmu tentang penyakit-penyakit dan dunia perubatan yang selama ini banyak saya abaikan..maklumla tak kena pada diri sendiri. 

Semakin hari, semakin banyak yang dipelajari, semakin bertambah ilmu. Selama hampir tiga tahun menjadi surirumah dan ibu sepenuh masa, tahun ini saya rasakan banyak input yang masuk dalam kepala...bagus sangat untuk menajamkan semula otak...sel-sel otak dah mula berhubung!! hehe..macam kanak-kanak pulak.

Memang saya tidak menyesal menyertai Shaklee... Alhamdulillah...syukur sangat-sangat dipertemukan dengan produk Shaklee...serasi sangat!! Dan yang lebih penting, ianya 100% semulajadi, berkesan dan tiada kesan sampingan bersesuaian dengan temanya...Always Safe, Always Works, Always Green.


Perkara yang paling basic..yang paling MUSTAHAK sebagai Muslim... ini yang kita nak tengok kan?? Memastikan semua vitamin yang kita ambik adalah Halalan Toyyiba..



Hidup ini terlalu singkat untuk diisi dengan perkara yang sia-sia. Semoga kesihatan yang dikurniakan kepada kita dipelihara untuk memudahkan kita beribadah kepada Yang Maha Esa. Apabila kita sihat, cergas...menunaikan ibadah menjadi lebih mudah..In Sya Allah... semoga Allah menerima segala ibadah kita. Amin.


Rezeki milik Allah. Sebagai hamba Nya, wajib untuk kita berusaha, berikhtiar dan berdoa...
Kepada yang berminat untuk sama-sama menyebarkan ilmu, kebaikan di samping menjana pendapatan ... hubungi saya di 017-9155462 atau e-mail ummusaffya@gmail.com.

Atau anda boleh PM saya kat facebook   saidati ummi safya  ataupun ummu saffya  

Tuesday, 28 January 2014

VITAMIN UNTUK MEMBANTU IBU YANG TIDAK MAMPU MENYUSU

Susu ibu sangat penting dalam proses tumbesaran bayi. Ia membekalkan antibodi yang mampu melindungi bayi dari pelbagai penyakit yang berkaitan dengan imuniti. Sehingga ke hari ini, belum ada susu formula yang mampu menandingi khasiat susu ibu.

Susu ibu merupakan makanan pertama bayi dalam bentuk cecair yang mempunyai nilai gizi yang sempurna berbanding susu formula dan ia mudah dicernakan. Antara kebaikan susu ibu ialah:

  • Mengurangkan risiko Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS)
  • Meningkatkan tahap kepintaran dan kecerdikan
  • Mengurangkan risiko jangkitan penyakit berkait sistem imuniti seperti demam dan selsema
  • Mengurangkan risiko penyakit leukimia, diabetes, asma dan ekzema
  • Mengurangkan penyakit kulit, masalah gigi dan gusi
  • Mengurangkan risiko obesiti pada kanak-kanak
  • Melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan bayi dan kanak-kanak
  • Mengelakkan masalah kekuningan (jaundice)
  • Mengurangkan risiko kecacatan dan keilatan bayi

Bukan itu sahaja, ibu menyusu itu sendiri turut mendapat faedah, antaranya:
  • Membantu ibu mengekalkan saiz dan struktur rahim seperti sebelum hamil
  • Membantu mengurangkan pendarahan post-partum
  • Membantu menurunkan berat badan ibu
  • Mengurangkan risiko kanser payudara

Bagi membantu ibu-ibu diluar sana, yang menghadapi pelbagai masalah penyusuan, seperti kekeringan, atau kuantiti susu yang sedikit...bolehlah mencuba Vitamin Shaklee ini...






Hubungi 017-9155462 untuk konsultasi percuma.

Monday, 27 January 2014

KELAHIRAN YANG DITUNGGU-TUNGGU

Selepas melalui tempoh 40 minggu kehamilan...tibalah saat melahirkan. Persiapan untuk menyambut ahli baru dalam famili disediakan seawal mungkin. Pakaiannya yang bermula dari baju, seluar, lampin, sarung tangan, sarung kaki, semuanyalah. Even toiletaries pun kita belikan semua yang baru-baru. Maklumlah nak menyambut orang baru...tanpa sebarang kekurangan.

Bagaimana pula dengan persiapan berpantang?? Ahha...anda masih mengamalkan berpantang cara tradisional? Baguslah kalau begitu. Tempoh berpantang ni kena jaga betul-betul..maklumla badan nak pakai lama kn?

Sebagai ibu berkerjaya dan moden, rasanya kita boleh mengambil alternatif baru..mencuba berpantang gaya moden.

Set bersalin dan berpantang Shaklee...TAK PERLU LAGI BERSUSAH PAYAH...BERPANTANG LEBIH MUDAH DENGAN SHAKLEE



Set tambahan bagi yang memerlukan dan berkemampuan...



KEHAMILAN YANG MENGUJAKAN

Ramai yang teruja bila diberitakan hamil... si suami pun tersenyum bangga. Kalau boleh nak palu gong isytihar 1 kampung. Lebih-lebih lagi anak yang pertama....kan?

Bagi pasangan yang sudah bertahun-tahun menunggu...rasa macam nak buat kenduri kesyukuran...haha...pengalaman nih!!


Bila dah hamil ni, fasa pertama asyik letih, lesu, takde selera makan, kepala asyik pening, loya...macam-macam lagilah simptom morning sickness. Siap ada yang pitam..masuk wad lagi. Dan sudah tentunya kita juga mahukan yang terbaik untuk baby sejak dalam kandungan lagi..kan?

Macamana nak atasi morning sickness?? Haaaa...cubalah vitamin Shaklee...anda pasti berpuas hati. Anda akan dapat merasakan perbezaannya...tiada lagi rasa pening, loya, muntah-muntah...pregnant pun boleh aktif dan cergas macam biasa. Boleh buat kerja macam biasa...barulah bos sayang!!


 SET KEHAMILAN SHAKLEE

Trimester 1 

  1. Vita-Lea
    • Membekalkan pelbagai vitamin dan mineral
    • Mengandungi asid folik yang sangat penting untuk menguatkan rahim
    • Membekalkan zat besi untuk penghasilan darah yang cukup, untuk mengelakkan anemia (penyakit kekurangan sel darah merah pada ibu mahupun janin)
    • Membantu menstabilkan Hb. Bacaan Hb yang rendah boleh membawa kepada kematian janin
  2. B-Complex
    • Mengandungi asid folik yang penting untuk mengurangkan risiko kecacatan pada bayi
    • Berfungsi untuk menukarkan makanan kepada tenaga dan membebaskan tenaga
    • Mengurangkan kelesuan dan keletihan
    • Membantu mengawal tekanan & depresi - depresi semasa hamil boleh menjejaskan bayi dan boleh berlarutan sehingga selepas bersalin dan mengakibatkan meroyan
    • Mengelakkan pigmentasi pada kulit
    • Membantu melembapkan kulit
  3. ESP
    • Membekalkan protein untuk membina sel, tisu, enzim dan otot si ibu dan juga bayi
    • Membantu mengawal berat badan semasa hamil
    • Membantu menyerap zat makanan
    • Membantu penghasilan susu badan
    • Mengurangkan risiko kecacatan pada bayi
  4. VITA-C
    • Membekalkan keperluan vitamin C harian tubuh
    • Berfungsi sebagai antioksidan pencegah kanser
    • Pengambilan dos yg tinggi sebelum bersalin boleh mengurangkan 50% kesakitan semasa bersalin
  5. OSTEMATRIX
    • Melegakan sakit belakang
    • Mencegah osteoporosis
    • Membantu pembentukan tulang dan sel bayi
    • Menstabilkan denyutan jantung
    • Mengelakkan sembelit
Trimester 2 & 3
  1. Vita-Lea
  2. B-Complex
  3. Omega Guard
    • Kaya dengan DHA yg membantu perkembangan otak janin
    • Membantu mengawal tekanan paada ibu
    • Memecahkan lemak pd ibu
  4. Vita-C
  5. Ostematrix
  6. ESP

Sebagai seorang Muslimah, selain mengamalkan vitamin di atas untuk kesejahteraan ibu dan bayi semasa kehamilan, adalah dianjurkan untuk mengamalkan surah-surah yang berikut ini semasa hamil.


  1. Surah Al-Fathihah : untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
  2. Surah Yusuf : Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak serta tidak cacat
  3. Surah Yaa Sin : Supaya terang hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
  4. Surah Luqman : Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan celik jiwa (anak yang soleh)
  5. Surah Maryam : Umtuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
  6. Surah at-Taubah : Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat
  7. Surah al-Hujurat : Untuk memperbanyakkan susu ibudan anak bersifat berhati-hati
  8. Surah an-Nahlu ayat 78 : Untuk melahirkan anak yang berdisiplin







Semoga bermanfaat. Sekian.

Untuk mendapatkan konsultasi percuma...hubungi 017-9155462 (SAIDATI UMMU SAFFYA)



Friday, 24 January 2014

ATASI MASALAH RESDUNG / ELERGI HIDUNG


Resdung atau nama saintifiknya 'Sinusitis' bukanlah perkara yang asing... Ini adalah kerana setiap orang mempunyai resdung, cuma yang membezakannya adalah tahap resdung itu sendiri. Ada orang resdungnya ringan-ringan saja dan ada orang pula menghidapi resdung kronik.

Jom kita revise ckit tentang resdung ini....

APA ITU RESDUNG?


Resdung ialah keradangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman seperti streptococcuc dan staphylococcus. Kedua-dua kuman ini memang hidup di dalam rongga sinus namun ia tidak mendatangkan apa-apa kesan dalam keadaan normal. Sebaliknya, jika terdedah kepada bahan-bahan elergi, ia akan mencetuskan resdung.

GEJALA RESDUNG
                                      
- Hidung selalu tersumbat                                
- Lendir dari hidung dan tekak
- Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
- Rasa senak di atas kelopak mata
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
- Kerap sakit kepala / migrain
- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
- Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya


KOMPLIKASI RESDUNG

- Menyebabkan migrain
- Jangkitan di sekeliling mata
- Jangkitan otak
- Jangkitan pada tulang muka
- Sakit tekak yang kronik / perubahan suara
- Memburukkan lelah pada pesakit asma
- Jangkitan pada telinga dan tonsil
- Alahan hidung
- Selsema biasa yang melarat
- Berdengkur yang kronik
- Pada tahap serius, ia boleh membawa maut


PUNCA TERJADINYA RESDUNG

  • Radang pada hidung akibat terdedah kepada bahan alergi seperti habuk, debu, kulapuk, hama, debunga dan bulu haiwan.
  • Ketumbuhan atau polip pada hidung yang menyebabkan sinus bertakung dan menjadi punca bakteria membiak
  • Jangkitan pada gigi geraham atas apabila akar gigi tidak dapat dikeluarkan semasa mencabut gigi.
  • Genetik- resdung tidak diwarisi tetapi alahan hidung yang menyebabkan resdung boleh diwarisi dari ibu bapa

JENIS RESDUNG DAN CIRI-CIRINYA

1) RESDUNG AKUT
  • Berlaku dalam tempoh 2 minggu 
  • Ia bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang 
  • Ciri-cirinya ialah hidung berair, tersumbat dan rasa sakit di muka dan bahagian kepala depan terutama di dahi dan pipi yang biasanya berlaku pada waktu pagi dan berkurangan apabila petang. Rasa sakit sangat ketara ketika tunduk dan sujud.
2) RESDUNG KRONIK
  • Serangan resdung akut yang berulang
  • Ciri-ciri:
    • Gatal yang teruk pada muka
    • Jerawat yang banyak
    • Kerap bersin terutamanya waktu pagi
    • Hidung tersumbat dengan lebih kerap
    • Hingus bertambah walaupun tidak demam
    • Selalu sakit kepala
    • Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk

 PETUA TRADISIONAL UNTUK ATASI RESDUNG


  • Ambil 3 biji bawang merah dan hiris halus
  • Ambil 2 helai daun sirih dan secubit biji sawi
  • Masukkan ketiga-tiga bahan ke dalam mangkuk
  • Tuangkan air yang mendidih ke dalam mangkuk tadi
  • Wapkan ke muka
  • Amalkan 2-3 kali seminggu

VITAMIN UNTUK MELEGAKAN RESDUNG




                            

Thursday, 23 January 2014

DIABETES MELLITUS (PENYAKIT KENCING MANIS)

DEFINISI

Penyakit Kencing Manis, atau nama medikalnya Diabetes Mellitus, merupakan sejenis penyakit yang dikaitkan dengan metabolisme, di mana pesakit mempunyai glukosa yang tinggi dalam darah yang berpunca dari penghasilan insulin yang terlalu rendah, atau sel-sel badan tidak bertindak balas dengan insulin, atau mungkin kedua-duanya. Tanda-tanda awal penyakit ini ialah pesakit akan mengalami kencing yang kerap, selalu dahaga dan mudah lapar.


JENIS-JENIS DIABETES
  1. Type 1 Diabetes - juga dikenali sebagai diabetes bersandarkan insulin (IDDM- Insulin Dependent Diabetes Mellitus). Ia berlaku akibat kegagalan kelenjar pankreas untuk menghasilkan insulin, jadi pesakit perlu mendapatkan suntikan insulin dari luar untuk mengawal glukosa darah.
  2. Type 2 Diabetes - disebabkan oleh sel-sel badan tidak bertindak balas dengan insulin atau kuantiti insulin dalam badan berkurangan. Ia boleh dikawal melalui pemakanan, pengurangan berat badan, senaman, dan juga pengambilan ubat-ubatan. Suntikan insulin hanya diperlukan dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja.
  3. Gestational Diabetes - terjadi kepada wanita yang didapati mempunyai glukosa yang tinggi dalam darah sewaktu hamil.

KOMPLIKASI DIABETES
  1. Komplikasi mata - glaukoma, katarak, masalah retina (diabetic retinopathy)
  2. Komplikasi kaki - neuropathy, ulser, amputasi pada kaki
  3. Komplikasi kulit - mudah mendapat infeksi pada kulit dan radang kulit
  4. Masalah Jantung - kegagalan jantung akibat kekurangan bekalan darah dari ginjal
  5. Hipertension - kegagalan ginjal juga boleh menyebabkan strok
  6. Kesihatan Mental - diabetes yang tidak terkawal meningkatkan risiko depresi, kemurungan, tekanan
  7. Masalah Pendengaran - pesakit diabetes berisiko tinggi untuk hilang pendengaran
  8. Penyakit Gusi - seperti skurvi dan gusi berdarah
  9. Gastropresis - otot-otot perut tidak berfungsi secara normal
  10. Ketoacidosis - pengumpulan ketosis dan asid dalam darah
  11. Neuropathy - kerosakan saraf yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit lain
  12. HHNS (Hyperosmolar Hyperglycemic Nonketotic Syndrome) - tahap glukosa terlalu tinggi (peringkat kecemasan)
  13. Nephropathy - tekanan darah yang tidak menentu merosakkan ginjal
  14. PAD (Peripheral Arterial Disease) - antara gejalanya ialah sakit yang melampau pada kaki sehingga tidak boleh berjalan
  15. Masalah Ereksi - kegagalan fungsi ereksi pada lelaki
  16. Jangkitan - mudah terkena jangkitan kuman dan bakteria terutamanya pada luka atau kudis
  17. Masalah penyembuhan luka - mengambil masa yang panjang untuk sembuh dan adakalanya menjadi lebih buruk 

Sehingga ke hari ini, penyakit kencing manis belum mempunyai penawar dan pesakit akan menanggungnya sehingga ke akhir hayat. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa cara untuk mengawalnya dari menjadi lebih teruk...antaranya:
  • mengurangkan pengambilan makanan karbohidrat sederhana seperti mee, nasi
  • elakkan minuman berkarbonat dan minuman berperisa
  • elakkan makanan dan kuih-muih yang manis
  • lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran
  • mengamalkan senaman
  • mengambil ubat-ubatan yang sepatutnya
  • mengurangkan berat badan (bagi yang obese)
  • elakkan makanan yang tinggi lemak, gula dan garam

VITAMIN SHAKLEE UNTUK PESAKIT KENCING MANIS 



Vitamin untuk semua penyakit kronik...termasuklah Diabetes ini...



For Free Consultation: Email- ummusaffya@gmail.com

Whatsapp or sms to 017-9155462