MY TITLE

MY TITLE

Monday, 20 January 2014

OBESITI- ATASI DENGAN CARA SIHAT

APA ITU OBESITI?

Obesiti dalam bahasa mudahnya ialah kegemukan. Apabila lemak terkumpul dan menimbun di dalam badan, seseorang itu dikatakan mengalami obesiti. Obesiti boleh dikategorikan sebagai satu penyakit kerana ia boleh membawa kepada penyakit-penyakit lain yang lebih serius.

Ciri-ciri obesiti

  • berat badan bersamaan 2X berat ideal atau lebih
  • berat badan 45kg lebih dari yang sepatutnya
  • BMI melebihi 30



Faktor pendorong obesiti

  • Tabiat pemakanan - makan secara berlebihan mengikut nafsu, tabiat makan didepan tv juga menjadi faktor penyumbang
  • Jenis makanan - mengambil terlalu banyak makanan yang tinggi kandungan gula, garam dan lemak
  • Kurang atau tidak bersenam - tidak mempunyai masa atau memang malas bersenam
  • Keturunan @ genetik - gemuk yang diwarisi dari ibu atau ayah 
  • Emosi yang tidak stabil - sesetengah orang akan makan secara berlebihan apabila dalam keadaan marah dan tertekan
  • Persekitaran - berkawan dengan orang yang kuat makan, anda mungkin terpengaruh
  • Pengambilan ubat-ubatan - pengambilan ubat seperti ubat anti depresi merendahkan metabolisme badan
  • Merokok - kebanyakan perokok yang berhenti merokok akan menjadi gemuk kerana nikotin yang membakar lemak sebelum ini telah tiada
  • Peningkatan umur - semakin bertambah usia, semakin tinggi risiko untuk gemuk, lebih-lebih lagi jika tidak aktif
  • Kehamilan - Wanita hamil memerlukan lebih tenaga dan kalori untuk dikongsi dengan janin
  • Kurang tidur - Apabila anda kurang tidur, perut akan lebih cepat lapar

Akibat dari obesiti


  • Penyakit Kencing Manis (Diabetes) : Risiko untuk mendapat type 2 diabetes meningkat dan dalam tempoh yang panjang ia boleh membawa kepada sakit jantung, strok, buta, kegagalan buah pinggang, amputasi kaki dan komplikasi semasa hamil.
  • Penyakit Jantung : Mengambil makanan yang tinggi kandungan garam dan lemak meningkatkan paras kolestrol dalam darah, sekaligus berisiko mendapat penyakit jantung.
  • Tekanan Darah Tinggi : Obesiti meningkatkan kadar degupan jantung. Ini memberi tekanan pada salur darah dan mencetuskan tekanan darah tinggi.
  • Kolestrol Tinggi : Kolestrol yang tinggi dalam darah boleh mencetuskan strok, serangan jantung dan juga kencing manis.
  • Osteoartritis : Kegemukan memberi tekanan kepada lutut, pinggul dan belakang
  • Kanser : Berat badan berlebihan dan gaya hidup yang tidak aktif menjadi salah satu penyebab semua jenis kanser
  • Penyakit Gastrousus : Orang gemuk mudah terkena batu karang.
  • Sleep Apnea : Gangguan semasa tidur
  • Strok : Tekanan pada sistem peredaran darah boleh mencetuskan strok
  • Lemah Pundi Kencing : Terkencing semasa batuk, bersin atau semasa sesi senaman
  • Komplikasi Pembedahan : Pesakit dengan masalah obesiti akan mengambil masa yang lebih panjang semasa pembedahan, proses pemulihan yang lebih lama dan lebih berisiko mendapat komplikasi.
  • Kemandulan & Keguguran : Berat badan berlebihan menjejaskan kesuburan wanita dan lelaki
  • Penyakit Hati : Meningkatkan risiko sirosis cryptogenic, penyakit hati berlemak
  • Penyakit Buah Pinggang : Ekoran dari Diabetes dan Tekanan Darah Tinggi
  • Kesan Psikologi : Rendah diri, tertekan, kemurungan
  • Masalah Pernafasan : Orang gemuk mudah semput.


Cara untuk mengatasi Obesiti / Menurunkan berat badan

  • Makan makanan seimbang
  • Elakkan makanan yang tinggi lemak, gula dan garam




















  • Amalkan gaya hidup aktif - bersenam, jogging, berjalan kaki, berbasikal, berenang, berkebun, melakukan kerja rumah, menari dll





PROGRAM DIET SHAKLEE

Program diet Shaklee mungkin berkesan pada anda.

Dengan 3 langkah mudah



No comments:

Post a Comment