Air merupakan satu sumber yang penting untuk manusia. Malahan ia merupakan perkara kedua terpenting bagi kehidupan manusia selepas udara. Tahukah anda, air memberikan jisim 2 per 3 dari berat badan manusia? Tanpa air, manusia akan mati dalam masa beberapa hari sahaja.
Sekiranya kita melihat kepada sifat kondisi tubuh manusia, kita akan mendapati air mempunyai peranan besar kerana sebahagian besar tubuh badan manusia adalah terdiri daripada air seperti:-
- Fetus 100%
- Bayi 80%
- Orang Dewasa 60 hingga 70%
- Warga Emas 50%
Dengan itu, tidak hairanlah air sangat penting dan amat besar peranannya kepada manusia.
Fungsi air di dalam tubuh manusia:
* mengawal suhu badan
* melembapkan tisu-tisu badan seperti mulut, mata dan hidung
* melindungi organ-organ dan tisu-tisu dalam badan
* Membentuk 83% darah
* membuang sisa toksik
* membentuk 75% bahagian otak
* membantu membawa nutrien dan oksigen ke seluruh badan
* melembapkan oksigen untuk bernafas
* membantu menukarkan makanan kepada tenaga
* melembutkan sendi
* melancarkan pergerakan kita
* membentuk otot -75% daripada otot adalah air
Air yang baik untuk kesihatan adalah air putih. Kita memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas (kira-kira 2 liter) air putih setiap hari untuk memastikan tubuh kita mendapat air yang cukup.
Bagaimana pula dengan kualiti air pada masa kini?
Kalau kita buka paip di rumah kita, kita mungkin boleh nampak air yang putih, yang kelihatan mcam bersih. Tahukah kita yang terdapat pelbagai bendasing di dalam air tersebut. Contoh bendasing yang mungkin terdeapat dalam air paip di rumah kita ialah racun perosak, sisa-sisa ubatan, dan logam-logam berat. Jom kita tengok kesan logam berat dalam air tercemar kepada tubuh kita.
Logam Dalam Air Yang Tercemar | Kesan Pada Tubuh Manusia |
Aluminium | Cepat tua dan Alzheimer |
Lead / Plumbum | Kanser |
Arsenik | Kesakitan, Kerosakan sistem tubuh dan kematian |
Kadmium | Darah Tinggi dan sakit buah pinggang |
Nitrat | Boleh menyebabkan Kanser |
Flourida | Menurunkan sistem imunisasi dan pertahanan badan dari melawan penyakit. Flourida juga boleh mengakibatkan sakit jantung |
Merkuri | Menyebabkan kerosakan otak dan sistem pusat saraf |
Strontium 90 | Menyebabkan Anaemea, Leukimia dan Kanser tulang |
Iodin Radioaktif | (dalam susu) – Boleh menyebabkan Kanser Tiroid |
Klorin | Kanser Darah, menyekat metabolisma lemak, enzim dan penyembuhan penyakit |
Menggerunkan bukan? Mahukah kita menikmati air yang lebih bersih, lebih sihat dan lebih selamat??
Ada pelbagai pilihan produk di pasaran mengikut kemampuan anda.
Saya cuma mencadangkan Get Clean Water dari Shaklee...kerana
- Ia selamat - mampu menyingkirkan kandungan plumbum dan banyak bendasing lain dalam air
- Ia handal - menghasilkan 303liter (80gelen) air bersih paada setiap turasan
- Ia mesra alam - memelihara alam sekitar kerana penurasnya diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar dan boleh diisi semula
- Ia pilihan bijak - menjimatkan kos kerana harganya cuma beberapa sen seliter, tidak menggunakan elektrik, tidak perlu dimasak, tidak perlu air minuman dalam botol lagi
Tahukah anda...air minuman dalam botol yang banyak dijual dipasaran sekarang adalah diperbuat daripada polyethylene terephthalate yang hanya boleh dipakai sekali sahaja. Penggunaan berulangkali plastik ini boleh menyebabkan lapisan polimer pada botol meleleh dan mengeluarkan zat karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.
No comments:
Post a Comment