MY TITLE

MY TITLE

Tuesday, 21 January 2014

MENOPAUS

MENOPAUS

Menopaus ditakrifkan sebagai berakhirnya kitaran haid bagi seorang wanita, atau dalam bahasa mudahnya disebut sebagai putus haid. Ini juga bererti tamat sudah fasa subur bagi seseorang wanita. Ia biasanya berlaku pada wanita pertengahan usia, iaitu pada lewat 40an sehingga awal 50an.


PERIMENOPAUS

Merujuk kepada tempoh peralihan semasa hampir menopaus. Ini berlaku akibat penurunan hormon estrogen dan progesteron yang dikawal oleh ovari. Menurut kajian, tempoh peralihan ini boleh berpanjangan sehingga setahun dan simptom perimenopaus adalah berbeza pada setiap wanita.


TANDA-TANDA  PERIMENOPAUS

  • Pendarahan yang tidak tetap - tempoh dan kuantiti yang luar biasa
  • Hot flashes dan berpeluh malam - sukar untuk tidur dan kerap terjaga tengah malam
  • Gejala faraj - kekeringan, gatal-gatal @ kerengsaan pada vagina
  • Gejala kencing - jangkitan pada saluran kencing yang menyebabkan pesakit kerap membuang air kecil; inkontinen kencing atau lemah pundi kencing yang menyebabkan keluarnya air kencing semasa batuk, ketawa, bersin ataupun ketika mengangkat benda berat.
  • Gejala emosi dan kognitif - keletihan, mudah lupa, cepat marah dan perubahan mood, kebimbangan, berdebar-debar
  • Perubahan fizikal - pertambahan berat badan, kulit mula kendur dan berkedut, sakit belakang

KESAN / KOMPLIKASI MENOPAUS
  • Osteoperosis - kemerosotan kuantiti dan kualiti tulang yang meningkatkan risiko tulang rapuh dan tulang patah
  • Osteoartritis - kehilangan bendalir yang menyokong sendi dan sendi haus
  • Penyakit kardiovaskular - penyakit jantung dan strok
  • Meningkatnya risiko menghidapi kanser

RAWATAN
  • Terapi penggantian hormon estrogen dan progesteron - mengawal gejala kekeringan faraj dan hot flashes
  • Pengambilan pil perancang untuk merawat pendarahan faraj yang tidak teratur
  • Rawatan bukan hormon - menggunakan pelembap dan pelincir bagi merawat kekeringan alat sulit
  • Ubat antidepresan - bagi mengurangkan hot-flashes (mempunyai kesan sampingan)



MENANGANI GEJALA PERIMENOPAUS DAN MENOPAUS CARA SHAKLEE


  • Vivix - mengimpak 4 mekanisme utama penuaan selular
  • Collagen Powder - menggantikan kolagen semulajadi yang kian susut, menegangkan kulit
  • ESP - Mengandungi isoflavone, mengurangkan panas badan dan peluh malam
  • B-Complex - Meminimakan retensi air dan mengelakkan tekanan
  • Ostematrix - Mengelakkan osteoperosis
  • Adv Joint Health - Meningkatkan keselesaan sendi
  • GLA Complex - Bagus untuk panas badan / hot flushes. Ia juga penting untuk menghasilkan estrogen
  • Omega Guard - Memelihara kesihatan jantung selepas menopaus
  • Vitamin E - Penting untuk keseimbangan hormon dan mengurangkan panas badan
  • Vitamin C - Mengurangkan flushes serta meningkatkan sistem imun

No comments:

Post a Comment