MY TITLE

MY TITLE

Sunday, 19 January 2014

ACNE / JERAWAT

Jerawat atau akne pada asasnya bukanlah satu penyakit dan kewujudannya tidak perlu digusarkan. Jerawat biasanya berlaku disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan. Bila dah mula ditumbuhi jerawat...maknanya anda sudah akil baligh..setuju atau tidak?

Walaubagaimanapun, ada juga jerawat yang teruk. Jerawat yang teruk perlu diambil perhatian serius. Keadaan ini mungkin berlaku disebabkan oleh beberapa perkara seperti jangkitan kuman, alahan terhadap makanan, atau alergi terhadap bahan kimia tertentu yang terdapat di dalam produk kecantikan.

Jerawat dalam sains

Secara amnya, jerawat terjadi akibat keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak. Jadi, ia akan muncul di bahagin kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan belakang badan. Masalah jerawat juga boleh terjadi disebabkan oleh bakteria Propionibacterium acnes yang mengisi ruang-ruang folikel rambut yang terbuka dan mudah terdedah kepada kekotoron.

Jenis-jenis Jerawat

  1. Jerawat ringan - mempunyai sedikit bintik hitam dan jerawat yang bilangannya tidak melebihi 30 biji
  2. Jerawat sederhana - terdapat di antara 30 hingga 125 biji merah dan hitam pada muka, dada dan belakang badan
  3. Jerawat kronik - banyak nodul besar yang berwarna merah, pesakit terasa sakit dan berdenyut di bahagian muka, dada dan belakang badan. Jika dibiarkan, ia akan menyebabkab parut kekal dan kawah kulit menjadi besar dan bernanah.















Punca

  • kegagalan folikel pilosebaceous untuk berfungsi dengan baik 
  • penghasilan sebum berlebihan oleh kelenjar minyak
  • radang kulit
  • tidak menitikberatkan kebersihan diri
  • salah pilih produk muka (ha...ini penting, jangan main sapu jer)
  • tidak menjaga pemakanan (tu la..sape suruh bedal ikut suka kan...)
  • jangkitan kuman (pesan orang tua-tua, jerawat jangan digaru dengan kuku, nanti ia makin banyak...ini disebabkan kuku boleh menyebarkan kuman)

Tips untuk mengelak dari jerawat

  • Cuci muka dua kali sehari dengan pencuci bertekstur lembut dan membersih secara mendalam - pilih pencuci muka yang tidak terlalu mengeringkan dan boleh menghidratkan kulit. Cadangan : Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser
  • Dilarang untuk memicit jerawat ataupun sebarang bintik nodul kerana ia boleh memburukkan keadaan
  • Elakkan kulit muka daripada terkena cahaya matahari secara berterusan - kerana sinar uv boleh membunuh protein dan merosakkan DNA kulit. Anda disarankan memakai pelindung uv yang mengandungi SPF 10, SPF 15, SPF 25 atau SPF 50. Cadangan: Nutriwhite Ultimate Protection Whitening Lotion SPF15
  • Elakkan dari menggunakan badak padat. Sebaiknya gunakan bedak loose yang berasaskan mineral 100% tanpa campuran bendasing
  • Elakkan dari memakan makanan berminyak dan bergoreng serta makanan pedas
  • Mengambil air secukupnya (tidak kurang dari 2liter sehari) untuk membuang toksin
  • Mengambil vitamin untuk kulit. Cadangan: Vitamin C, Vitamin E, B Complex, Zinc Complex

Produk Shaklee yang mungkin sesuai untuk anda
  • GLA Complex - membantu mencairkan sebum yang berminyak, mengurangkan rongga yang tersumbat
  • Carotomax - mengawal penghasilan sebum berlebihan penyebab jerawat
  • Alfalfa Complex - membantu mengurangkan infeksi pada kulit
  • Vitamin C - menyekat bakteria penyebab jerawat
  • Vitamin E - melindungi dari radikal bebas
  • Garlic -  antibiotik semulajadi untuk membunuh kuman dan bakteria penyebab jerawat
  • Energizing Soy Protein (ESP) - mempercepatkan pemulihan luka dan mengurangkan parut
  • B Complex - Anti stress
  • Herb Lax - menyingkirkan toksin
  • Set penjagaan kulit Nutriwhite - untuk perawatan kulit dari luar

SET ASAS / SET BAJET

Pilihan 1
  • Vitamin C                         RM92.50
  • Vitamin E Complex      RM149.00
Pilihan 2
  • Vitamin C
  • Vitamin E Complex
  • Vitamin B Complex      RM53.75
Pilihan 2
  • Vitamin C
  • Vitamin E Complex
  • Vitamin B Complex
  • Alfalfa Complex                    RM53.75(S) RM97.50 (L)
Pilihan 3
  • Vitamin C
  • Vitamin E Complex
  • Vitamin B Complex
  • Alfalfa Complex
  • ESP                                              RM150.00
Pilihan 4
  • Vitamin C
  • Vitamin E Complex
  • Vitamin B Complex
  • Alfalfa Complex
  • ESP
  • GLA Complex     RM91.25


***PILIH PRODUK YANG BERSESUAIAN DENGAN BAJET ANDA

Harga yanng disenaraikan di atas adalah harga runcit bagi Semenanjung Malaysia.
Hubungi 017-9155462 untuk konsultasi dan diskaun.
Harga mesti terbaik punya...

No comments:

Post a Comment