Ekzema atau dermatitis adalah penyakit kulit yang dialami oleh
semua peringkat umur. Bagaimanapun bayi atau kanak-kanak mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit ini. Pesakit akan merasa gatal-gatal pada bahagian tertentu dan apabila digaru ia akan melepuh, berair dan adakalanya berdarah. Kawasan yang mudah terkena ekzema ialah muka, siku dan lutut. Keadaan ini adalah disebabkan oleh benteng pertahanan kulit amat lemah sehingga ia memudahkan bahan perengsa dan alergen menembusi kulit dan menyebabkan ekzema.
SEBAB / PUNCA EKZEMA
- Faktor genetik/ keturunan - ia boleh diwarisi dari ibu bapa
- Iritasi kulit disebabkan oleh bahan kimia tertentu - contohnya bahan pencuci dalam mandian, syampu, serbuk cuci pakaian, pelembut fabrik dan klorin dalam air
- Reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas
- Elergi terhadap susu formula tertentu
- Elergi terhadap makanan tertentu - contohnya sea food
- Kutu habuk rumah
CARA MENGHALANG EKZEMA DARI MEREBAK
- Kenalpasti punca tercetusnya ekzema...jika ianya berpunca dari susu formula, tukar ke susu formula yang lain
- Pastikan persekitaran tempat tinggal, terutamanya tempat tidur pesakit bersih dan tidak berhabuk
- Elakkan makanan yang boleh menyebabkan gatal seperti makanan laut
- Pakai pakaian dari material yang sejuk seperti cotton
- Cuba elakkan dari persekitaran yang panas
- Pastikan sentiasa berkuku pendek /atau pakaikan glove
RAWATAN
Cara rawatan untuk pesakit ekema ini adalah berbeza mengikut tahap umur dan juga peringkat penyakit itu sendiri.
>> Bayi (0-12 bulan)
- Pada peringkat ini, pesakit tidak boleh mengambil ubat oral. Walaubagaimanapun bayi boleh menerima vitamin yang disalurkan melalui susu ibu. Jadi, ibu yang mempunyai anak dengan masalah ekzema boleh mengambil Energizing Soy Protein (ESP) dan Omega Guard sebagai suplimen.
- Untuk bahagian luar, disyorkan supaya menggunakan Herbal Blend Multi Purpose Cream bagi mengurangkan rasa gatal dan pedih.
- Sekiranya terdapat luka, boleh disapu Vitamin E (hancurkan terlebih dahulu)
>> Kanak-kanak ( 1 tahun dan ke atas)
- Pada usia ini, kanak-kanak sudah boleh mengambil vitamin secara oral..jadi Omega Guard sangat bagus untuk merawat keradangan pada kulit akibat ekzema. Ia juga dapat mengurangkan rasa gatal. Bagi kanak-kanak yang susah makan ubat macam anak saya, saya cadangkan gel lembut dipotong dan minyak ikan diletakkan atas makanan.
- Boleh juga diberi Mealshake yang kaya dengan multivitamin untuk memperbaiki sel kulit yang rosak
- Herbal Blend Multi Purpose Cream boleh disapu dibahagian luar untuk memberi efek dingin dan mengurangkan rasa gatal
- Vitamin E boleh disapu terus pada luka untuk mempercepatkan penyembuhan dan menghalang dari berparut.
>> Remaja dan dewasa
- Ada beberapa vitamin yang boleh diambil untuk mengatasi atau mengurangkan masalah ekzema ini. Antaranya ialah ESP, Omega Guard, Vitamin E, Alfalfa Complex ataupun Mealshakes untuk merawat ekzema dari dalam. Untuk rawatan bahagian luar boleh menggunakan Herbal Blend Multi Purpose Cream dan Vitamin E.
Kita manusia hanya berusaha, namun yang menyembuhkan adalah Allah subhanahu wataala. Sesungguhnya setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati. Selagi hayat dikandung badan, wajib bagi kita untuk berikhtiar mencari penawar. Selagi masih bernyawa, selagi itulah harapan masih ada. Jangan sesekali berputus asa, kerana itu adalah sikap hamba yang tidak bersyukur.
Semoga kita semua menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dan redha dengan Qadak dan Qadar Allah.
No comments:
Post a Comment