Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.
ASTHMA DI KALANGAN KANAK-KANAK
Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.
Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun.
Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.
PUNCA /FAKTOR PENYEBAB ASMA
- Sistem pertahanan badan atau sistem imun yang lemah
- Terdedah kepada serangan bakteria
- Kehadiran parasit penyebab asthma (parasit ini boleh datang dari haiwan peliharaan seperti kucing)
- Pencemaran udara (jerebu boleh menganggu sistem pernafasan)
- Senaman yang tidak sesuai
- Udara yang terlalu sejuk
- Tekanan emosi (perasaan gemuruh, panik atau takut yang melampau)
- Alahan terhadap debu, debunga, spora dan kulapuk
- Alahan terhadap makanan (contoh rambutan, duku, asikrim)
- Pengambilan aspirin dan ubat yang seumpamanya
- Keturunan
GEJALA ASMA
- Batuk pada waktu malam dan persekitaran sejuk
- Rasa ketegangan pada dada
- Kesukaran bernafas dan sesak dada
- Nafas berbunyi
- Sukar untuk bercakap
- Muka pucat dan berpeluh
- Bibir atau kuku menjadi biru
SIAPA YANG BERISIKO MENGHIDAPI ASMA?
- Kanak-kanak
- Orang yang tinggal di tempat sejuk..contoh Cameron Highlands, Genting Highlands, Fraser Hill
- Tinggal berdekatan dengan kilang @ pekerja kilang yang terdedah kepada habuk dan asap
- Ibu @ bapa penghidap asma
BAGAIMANA MENGATASI ASMA?
1. Mengambil makanan yang kaya dengan Omega-3
- Asma adalah satu keadaan keradangan, jadi pengambilan makanan yang kaya dengan anti-radang seperti Omega-3 sangat digalakkan. Menurut Jurnal Pemakanan Klinikal Eropah berkenaan penyelidikan yang melibatkan Penyakit Asma Dan Omega-3 menyatakan , " suplemen minyak ikan boleh bertindak untuk mengurangkan keradangan dan membantu pembuka saluran udara." Dan penyelidikan antarabangsa didalam Jurnal Tuberculosis dan Penyakit paru-paru mendapati peningkatan penggunaan ikan dan pengambilan Omega-3 secara umum ( berkait dengan pro -radang Omega - 6 ini ) mengurangkan risiko kanak-kanak mendapat asma.
Omega Guard Shaklee adalah suplimen yang sangat kaya dengan omega-3.
2. Mengambil makanan yang boleh meningkatkan sistem imun
- Penyakit asma sangat berkait dengan sistem imun atau pertahanan badan. Jika sistem imun kuat, ia boleh mengurangkan serangan asma. Melalui kajian selama 40 tahun, Shaklee telah membangunkan satu-satunya interferon semulajadi di dunia yang diberi nama Nutriferon. Ia terbukti mampu mengukuhkan sistem imun hanya dalam 3 hari. Nutriferon boleh membunuh T-cells, B-cells dan makrofag penyebab pelbagai penyakit termasuk asma.
3. Mengambil makanan tinggi Vitamin C
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Asthma Dan Alahan di Australia, mendapati kepekatan vitamin C dalam darah penghidap asma adalah jelas lebih rendah. Satu artikel kajian dalam American Journal of Clinical Nutrition membuat kesimpulan, " tanda-tanda asma yang berterusan di kalangan orang dewasa menunjukkan peningkatan kerana terdedah kepada udara alam sekitar dan penurunan Vitamin C."
Jadi pesakit asthma memerlukan Vitamin C yang lebih tinggi daripada orang biasa. 1 hingga 2gram Vitamin C amat berguna untuk mengelakkan serangan yang mencemaskan. Tahap ini juga berguna untuk mereka yang mengalami alahan atau lebihan pengeluaran histamin.
Makanan yang tinggi Vitamin C adalah seperti buah oren, pic, kiwi, strawberi, blackcurrant. Anda juga boleh mengambil suplimen Vitamin C daripada Shaklee.
No comments:
Post a Comment