Entri kali ni nak cerita pasal masalah kesuburan wanita atau masalah sukar untuk hamil.
Tidak dinafikan dalam setiap perkahwinan pastinya pasangan suami isteri inginkan kehadiran cahayamata, sebagai penyeri dalam rumahtangga dan penghibur duka lara. Bak kata orang-orang lama, rumah yang ada bayi atau kanak-kanak akan sejuk, aman..dengan izin Allah.
Namun bukan semua orang bertuah. Ada yang sudah bertahun-tahun kahwin tetapi masih belum dikurniakan zuriat. Malah ada yang sampai ke tahap bercerai-berai disebabkan masalah ini. Suami pun ramai yang membuat alasan inginkan anak untuk curang atau memadukan isteri mereka.
Jom kita bincangkan masalah ini.
APA ITU KETIDAKSUBURAN?
Apabila pasangan suami isteri gagal untuk hamil walaupun usia perkahwinan telahpun mencecah dua tahun atau lebih. Ada juga yang hamil, tetapi sering pula keguguran.
FAKTOR PENYUMBANG KEPADA MASALAH KETIDAKSUBURAN
- Gangguan ovulasi - ovari tidak dapat mengeluarkan ovum, mungkin disebabkan oleh hormon yang tidak seimbang atau masalah lebihan berat badan
- Gangguan pada tiub falapio - kerosakan tiub falapio menghalang persenyawaan ovum oleh sperma. Ini mungkin disebabkan oleh radang tiub falapio, kehadiran parut pembedahan, kesan kehamilan luar rahim, ataupun tumbuhnya sel-sel asing dalam tiub falapio (endometriosis)
- Endometriosis - sel-sel yang biasanya tumbuh dalam uterus merebak ke luar uterus termasuklah tiub falapio, ovari atau pundi kencing yang menyebabkan ketidaksuburan dan mengganggu kitaran haid.
- Fibroid - ketumbuhan dalam rahim, tapi ia bukan kanser. Ia boleh mengganggu kitaran haid dan menyebabkan ketidaksuburan
- Cyst - ketumbuhan dalam sistem peranakan wanita dimana wujudnya kantung berisi air
- PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome) - keadaan dimana ovari membengkak disebabkan benih-benih tidak dapat menetas pada waktu subur
- Kelainan lendir leher rahim - lendir yang terlalu pekat akan menyekat pergerakan sperma, manakala lendir yang terlalu berasid boleh membunuh sperma
- Berat badan yang tidak seimbang - terlalu kurus atau terlalu gemuk menyukarkan kehamilan
- Faktor usia - Semakin bertambah usia, tahap kesuburan kian menurun
- Tekanan - stress boleh menganggu ovulasi dan boleh menjejaskan keintiman suami isteri
- Pemakanan - pilihlah makanan yang menyokong kesuburan dan elakkan makanan segera serta asam dan jeruk
- Merokok - nikotin memberi kesan pada kematangan ovum dan tar boleh mengubah kepekatan lendir pada leher rahim dan berupaya membunuh sperma
- Mengambil alkohol - menyebabkan disfungsi ovulasi
- Menghidap penyakit kelamin - kehadiran fungal dan bakteria yang boleh membunuh atau melemahkan sperma
- Gaya hidup yang terlalu lasak - terlalu aktif dan lasak boleh memberi kesan pada ovari dan uterus
PANTANG LARANG UNTUK ANDA YANG SEDANG CUBA UNTUK HAMIL
- Elakkan minuman sejuk ketika haid
- Elakkan dari makan ubi kayu semasa period
- Elakkan makanan segera (termasuk fast food dan all instants)
- Elakkan makanan yang tajam seperti asam dan jeruk
- Elakkan makanan proses seperti daging burger, fries
- Elakkan minum air kelapa dan air tebu ketika haid
- Cuba elakkan stress
SHAKLEE MEMBANTU MENINGKATKAN KESUBURAN WANITA MELALUI;
- GLA Complex - membantu meningkatkan tahap keseimbangan hormon wanita
- B Complex - untuk menyihatkan sistem reproduktif dan sangat penting untuk pertumbuhan janin apabila hamil
- Omega Guard - Asid lemak yang diperlukan untuk membantu ovulasi dan menggalakkan fungsi uterin yang sihat
- Energising Soy Protein (ESP) - Mengandungi isoflavone yang sangat menyokong hormon estrogen yang penting untuk kesuburan wanita
- Vita Lea - Multivitamin lengkap yang mengandungi segala nutrien yang diperlukan oleh wanita yang menyokong ovulasi
- Alfalfa Complex - Menyingkirkan toksin yang boleh menjejaskan kesuburan
- Bagi yang mempunyai bajet lebih, boleh menambah Vivix yang fungsinya untuk mengimpak 4 mekanisme utama penuaan selular
Kita mesti berusaha dan jangan sesekali berhenti berdoa. In sya Allah...doa kita akan termakbul jua suatu hari nanti. Bersabarlah...dan yakinlah bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik. Setiap yang ditakdirkan pada kita ada hikmahnya. Saya mengerti perasaan anda, kerana saya juga pernah melalui situasi ini. Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.
No comments:
Post a Comment