MY TITLE

MY TITLE

Thursday, 13 February 2014

HIPOGLISEMIA: TAHAP GULA RENDAH

Sumbangan : Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
Hipoglisemia

Apabila paras glukos darah anda terlalu rendah, anda akan jatuh sakit dan mungkin memerlukan rawatan kecemasan.
Hipoglisemia ialah keadaan yang terjadi apabila paras glukos darah jatuh terlalu rendah daripada paras biasa. Ini mungkin akibat dari :
  • Menggunakan terlalu banyak insulin
  • Makan terlalu sedikit, misalnya terlewat makan atau Iangsung tidak makan
    khususnya selepas makan ubat
  • Mengambil bahagian dalam activiti yang berat tanpa memakan lebih karbohidrat sebelumnya atau
  • Terlalu banyak meminum alkohol
Apakah gejala-gejala hipoglisemia?

Biasanya gejala-gejala hipoglisemia ialah:
  • Berpeluh terlalu banyak
  • Rasa Iapar
  • Letih
  • Rasa mengantuk
  • Gelisah dan tidak tenteram
  • Denyutan Jantung yang cepat, gementar, penglihatan kabur
  • Koma
Apakah yang patut dilakukan oleh pesakit diabetes jika berlaku hipoglisemia?
  • Makanlah kabohidrat yang cepat meresap seperti gula-gula, jus buah-buahan atau tablet glukos
  • Seorang pesakit diabetes hendaklah sentiasa membawa gula-gula untuk digunakan semasa berlakunya hypoglycemia
  • Berehatlah selama 10 - 15 minit supaya badan anda dapat meresapkan gula yang dimakan tadi
  • Jika anda masih tidak pulih dalam masa 15 minit, ulanglah rawatan yang sama
  • Jika gejala masih berlaku, segeralah berjumpa doctor
Awas:
Jangan sekali-kali berikan minuman atau makanan kepada seseorang yang tidak sedar atau pengsan.



Vitamin Shaklee untuk Hipoglisemia

1) Alfalfa Complex - mengandungi kromium yang penting dalam metabolisme glukos

2) Vita Lea - membekalkan semua nutrien yang sangat diperlukan untuk proses pemulihan

3) B Complex - penting untuk metabolisme karbohidrat (gula)

4) Vita C SR - untuk mengimbangi kekurangan pada kelenjar adrenal

5) ESP - membekalkan keperluan protein kepada badan kerana penghidap hipoglisemik gagal menghadam protein daripada makanan.

6) Ostematrix - Magnesium penting dalam metabolisme karbohidrat (gula)

7) Zinc Complex - membekalkan zink secukupnya kerana kebanyakan hipoglisemik berlaku akibat kekurangan zink

No comments:

Post a Comment