MY TITLE

MY TITLE

Wednesday, 5 February 2014

ADD/ADHD

Saya bukanlah seorang pakar kanak-kanak, bukan doktor, bukan sesiapa dalam bidang perubatan ataupun nutrisi...siapalah saya untuk berbicara tentang topik ini. Namun, sebagai bekas seorang guru Sains ada relevannya sikit-sikit... Apalagi sebagai seorang ibu, sudah pastinya saya dan mana-mana ibu pun dalam dunia ini mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya kan??? Walaubagaimanapun, ada ibu bapa yang diuji dengan kehadiran anak-anak yang bermasalah, berpenyakit ataupun cacat. Sebagai muslim, sudah tentunya kita redha dengan kurniaan Ilahi.


Entri kali ini saya nak berkongsi informasi tentang kanak-kanak yang mengalami ADD / ADHD / Austisme dan juga Hiperaktif. Sebenarnya, ada pertindihan di antara setiap satu masalah tersebut jika dikaji dan diteliti dari segi ciri-cirinya.

Apa itu ADD / ADHD??

ADD merupakan singkatan dari Attention Deficit Disorder (Kecelaruan Kurang Daya Tumpuan), manakala ADHD merupakan singkatan dari Attention Deficit-Hyperactivity Disorder, atau Kecelaruan Hiperaktif-Kurang Daya Tumpuan.

Terdapat 3 jenis kecelaruan: 
  • Kurang fokus
  • Hiperaktif
  • Impulsiviti (Menurut kata hati)
Siapa yang berisiko?

Mengikut satu kajian yang telah dijalankan ke atas kanak-kanak yang berusia 5-15 tahun di Malaysia, didapati 4.3% mempunyai ADHD dan kebanyakan mereka adalah kanak-kanak lelaki.

Gejala ADHD

Kanak-kanak yang mempunyai ADHD mempunyai sekurang-kurangnya 6 dari gejala-gejala yang berikut:

1) Kurang Fokus
  • Melakukan banyak kesilapan dalam kerja sekolah
  • Sering kehilangan barang di rumah @ di sekolah
  • Tidak dapat menyudahkan kerjanya
  • Tidak memberi perhatian kepada orang yangn bercakap dengannya
  • Tidak berupaya mematuhi arahan
  • Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan pemikiran
  • Mudah hilang perhatian
  • Pelupa
2) Hiperaktif
  • Tangan dan kaki tidak boleh diam di tempat duduk
  • Kerap meninggalkan kerusi semasa dalam kelas
  • Berlari-lari dan memanjat secara berlebihan
  • Bising waktu bermain
  • Tidak boleh duduk diam. Sentiasa bergerak
  • Banyak cakap
3) Impulsiviti
  • Menjawab dengan spontan walaupun soalan belum habis ditanyakan
  • Tidak sabar menunggu giliran
  • Sering mengganggu rakan lain semasa bermain

AUTISME

Merupakan sejenis masalah gangguan perkembangan kanak-kanak yang boleh mula dikesan seawal usia 2 tahun. Ia meliputi pelbagai masalah dalam:
  • kemahiran bersosial
  • komunikasi
  • pertuturan
  • daya fokus
  • tingkahlaku
  • pembelajaran
Mengikut statistik, autisme boleh terjadi kepada 1 daripada 88 orang kanak-kanak dan ia lebih kerap terjadi kepada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan sehingga 5 kali ganda.

Gejala Autisme

1) Tidak suka bersosial / lebih suka menyendiri
2) Bercakap dalam nada yang pelik
3) Tidak boleh duduk diam
4) Tidak mahu bertentang mata
5) Boleh minat terhadap sesuatu objek dipersekitarannya
6) Lambat bercakap
7) Masalah memahami bahasa
8) Menggunakan isyarat untuk memberitahu sesuatu
9) Tidak suka menunggu giliran untuk bercakap atau membuat sesuatu
10) Tidak pandai menunjukkan reaksi mengikut keadaan





VITAMIN SHAKLEE UNTUK MEMBANTU KANAK-KANAK ADHD/ADD/AUTISME

1) Meal Shakes
  - Membekalkan nutrien yang seimbang dengan 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran  dan perlindungan yang baik

2) Omega Guard
  - Membekalkan sumber omega-3 (EPA & DHA) yang penting untuk perkembangan dan fungsi otak. Ia dapat membantu mengekalkan konsentrasi dan menguatkan daya ingatan.

3) GLA Complex
  - Sumber Omega-6, jika diambil bersama omega-3 dapat membantu fungsi otak dan fungsi saraf serta membantu membentuk tingkahlaku normal

4) Ostematrix
  - Sumber kalsium dan magnesium yang penting untuk menyokong pertumbuhan gigi dan tulang yang kuat. Ia juga memberi kesan penenang.

5) Vita-Lea Chewable (Kehabisan stok buat masa ini)
  -  Membekalkan 19 vitamin dan mineral yang sangat penting untuk tumbesaran kanak-kanak, serta bersifat anti stress, anti kemurungan

6) Chewable Vita-C (Kehabisan stok buat masa ini)
  - Membekalkan vitamin C untuk keperluan seharian dan untuk membina sistem imun yang kuat.

7) B-Complex
  - Untuk fungsi otak dan mempertingkatkan fungsi kelenjar adrenal (kesan penenang dan anti kemurungan)

8) Energizing Soy Protein
  - Membekalkan protein yang lengkap untuk diet seharian dan meningkatkan tenaga.


No comments:

Post a Comment