MY TITLE

MY TITLE

Thursday 13 February 2014

ANEMIA

Menulis tentang anemia mengingatkan saya pada arwah ayah dan arwah along, anak saudara saya yang meninggal ketika berusia 6 tahun di pangkuan saya. Memang sedih kerana pada waktu itu, saya sendiri masih lagi muda,masih belum kenal Shaklee. Namun, segalanya adalah ketentuan Ilahi.

Apa itu anemia?

Anemia ialah sejenis penyakit di mana penghidapnya mengalami kekurangan sel darah merah dan/atau hemoglobin. Keadaan ini menyebabkan darah kurang berupaya untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu badan dan mengakibatkan hipoksia. Hemoglobin yang merupakan protein yang berfungsi untuk membawa oksigen di dalam sel darah merah harus ada supaya tisu-tisu dan organ badan mendapat bekalan oksigen yang cukup.

Punca

Anemia mungkin terjadi disebabkan oleh
  1. kehilangan darah secara mendadak dan banyak seperti berlaku pendarahan yang kronik akibat kemalangan atau komplikasi semasa pembedahan
  2. kemusnahan sel darah merah yang keterlaluan, juga disebut hemolisis
  3. penghasilan sel darah merah yang kurang

Gejala / Simptom
  • letih atau lesu
  • kulit dan selaput mukosa menjadi pucat (termasuklah bibir, kuku, dan bahagian dalam kelopak mata)
  • sesak nafas
  • jantung berdegup laju
  • berpeluh
  • pening atau pitam (disebabkan oksigen gagal untuk sampai ke otak)
  • semput bila melakukan senaman
  • kurang selera makan
  • hilang berat badan
  • sukar untuk berjalan
  • mental bercelaru
  • jaundis (bagi kes anemia hemolitik)

Jenis-jenis anemia

1) Anemia mikrositik
  • berlaku akibat kekurangan zat besi (ferum)
  • juga boleh disebabkan kecacatan sel darah merah spt anemia sel sabit dan talasemia
2) Anemia normositik
  • disebabkan kehilangan darah yang banyak dalam masa yang singkat
  • sering berlaku akibat kegagalan buah pinggang dan kegagalan hati
  • juga boleh berlaku kepada pesakit yang mempunyai masalah keseimbangan hormon, terutama kekurangan hormon testesteronatau hipogonadisme
  • termasuk dalam kategori ini:
    • anemia sideroblastik - merupakan satu simptom untuk sindrom myelodisplastik (masalah yang berpunca daripada sintesis darah merah yang tidak normal dan boleh membawa kepada leukimia)
    • anemia aplasia - kegagalan sum-sum tulang untuk menghasilkan sel darah. Anemia ini jarang berlaku tetapi ia boleh memburuk dengan lebih cepat berbanding anemia yang disebabkan gizi tidak seimbang atau kecacatan sel darah.
3) Anemia makrositik
  • kekurangan sama ada vitamin B12 atau asid folik atau kedua-duanya akibat kekurangan pengambilan atau masalah penyerapan
  • juga boleh disebabkan oleh ketagihan alkohol
  • termasuk dalam kategori ini:
    • anemia pernisius - tubuh kekurangan faktor instrisik yang diperlukan bagi menyerap vitamin B12 daripada makanan.
    • anemia hemolitik - pelupusan atau degradasi sel darah merah berlaku terlampau cepat. 

Vitamin Shaklee bagi pesakit Anemia

  1. Vita Lea - diperkaya dengan iron (zat besi) untuk membantu pembentukkan sel darah merah
  2. B Complex - Diperlukan dalam penghasilan sel darah merah (mengandungi vitamin B12 dan asid folik yang sangat penting dalam pembetukan sel darah merah)
  3. Vita C SR - membantu penyerapan zat besi, asid folik dan vitamin B12
  4. E. Soy Protein - Membekalkan protein dan tenaga
  5. Meal shakes - Lengkap dengan imbangan vitamin dan mineral
  6. Alfalfa Complex - Kaya dengan mineral galian
  7. DTX Complex - Dandelion di dalamnya baik untuk mempertingkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi dari makanan.

Kita berusaha dan yakinlah setiap penyakit itu ada penawarnya. Ikhtiar dan bertawakkallah kepada Allah..in sya Allah...mudah-mudahan diberi kesembuhan.


Hubungi 017-9155462 untuk konsultasi percuma.




No comments:

Post a Comment