Kesihatan merupakan satu anugerah yang tidak ternilai kepada setiap insan. Apabila kita sihat, kita dapat melaksanakan semua tugasan dan menjalani rutin hidup dengan gembira. Seorang yang sihat akan sentiasa tersenyum, tidak mudah marah atau melenting dan akan sentiasa tenang. Tubuh badan yang sihat akan mempengaruhi sikap dan perlakuan kita.
Sebagai seorang muslim, adalah menjadi kewajipan pada kita
semua untuk mensyukuri nikmat Allah yang sangat hebat ini. Bagaimana kita dapat
menunjukkan rasa kesyukuran kita? Sudah tentulah dengan melaksanakan ibadah dan
semua tuntutan agama. Sewajarnya kita patut menjaga kesihatan yang dimiliki
dengan sebaik mungkin. Banyak perkara yang dapat kita lakukan untuk menjaga
amanah Allah ini, di antaranya ialah dengan menjaga pemakanan dan melakukan
senaman.
Bercakap soal pemakanan, sudah tentulah persoalan halal dan
haram menjadi persoalan pokok. Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mencari
sumber makanan yang halal. Bahkan kita juga perlu memakan makanan yang
seimbang. Makanan yang seimbang mestilah mengandungi kesemua tujuh kelas
makanan, iaitu karbohidrat, lemak, protein, vitamin, mineral, serat dan air.
No comments:
Post a Comment