Di bawah ini ada 19 sebab mengapa kita perlukan suplimen;
1. Masalah Penghadaman
Penghadaman yang tak efisien boleh membataskan
penyerapan vitamin oleh tubuh. Contohnya jika mengunyah makanan dengan kurang
sempurna atau terlalu cepat. Ini menghasilkan saiz partikel makanan yang lebih
besar dari normal iaitu terlalu besar bagi tindakan lengkap oleh enzim-enzim
penghadaman. Mereka yang menggunakan gigi palsu juga boleh menjejaskan
penyerapan vitamin akibat pengunyahan kurang efisien.
( makan terlalu laju menyebabkan masalah penghadaman dan membawa kepada kegemukan).
2. Kopi, Teh Panas & Rempah
Tabiat meminum air yang terlalu panas atau
pengambilan terlalu banyak kopi, teh, jeruk dan rempah boleh menyebabkan
inflamasi atau keradangan pada lapisan saluran pencernaan. Ini mengakibatkan
kurangnya rembesan cecair penghadaman serta penyerapan vitamin dan mineral
menjadi kurang.
(kopi n teh kan sedap..jeruk dan asam nyam nyam!!)
3. Alkohol
Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh
menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas iaitu organ yang penting dalam
proses penghadaman dan metabolisma. Pengambilan alkohol yang kerap dan banyak
menyebabkan badan memerlukan lebih banyak Vitamin B terutamanya thiamine,
niacin, pyridoxine, asid folik, Vitamin B12, Vitamin A, Vitamin C, zink,
magnesium dan juga kalsium.
(ini memang haram ye..jgn cuba-cuba)
4. Merokok
Amalan merokok boleh menyebabkan iritasi pada
saluran penghadaman dan meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin C yang
juga penting dalam fungsi sistem imun.
(dah tau, lagi nak merokok juga..)
5. Julap / ubat sembelit / ubat kurus
Penggunaan julap
secara berlebihan boleh mengakibatkan kurangnya penyerapan vitamin dan mineral
daripada makanan. Paraffin dan lain-lain minyak mineral meningkatkan kehilangan
vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Penggunaan julap yang banyak
juga boleh menyebabkan kehilangan mineral seperti potassium, sodium dan
magnesium.
6. Fad Diet
Diet ganjil yang tidak
mengandungi semua kumpulan makanan berkemungkinan kurang mengandungi vitamin.
Paling popular, diet kurang lemak, jika diamalkan secara ekstrem boleh
mengakibatkan kekurangan Vitamin A, D, E dan K. Diet vegetarian yang tidak
mengambil daging dan sumber haiwan lain pula perlu dirancang dengan baik supaya
tidak kekurangan Vitamin B12 yang boleh mengakibatkan anemia.
7. Makanan Terlebih Masak
Memasak terlalu lama
atau memanaskan semula daging dan sayuran boleh memusnahkan Vitamin B, C dan E.
(biasalah masak
lama-lama, panaskan yang semalam lagi..)
8. Makanan Diproses (dalam tin)
Pemprosesan makanan
yang bertujuan meningkatkan jangkamasa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan
nutrien berkurangan atau hilang sama sekali. Sama juga dengan makanan yang diawet dan dikeringkan.
(nak cepat jer kan..)
9. Makanan Segera
Makanan segera yang
tinggi kandungan karbohidrat, gula dan garam meningkatkan keperluan badan
terhadap Vitamin B bagi memproses makanan tersebut.
(makanan wajib setiap
minggu kan?)
10. Antibiotik
Sesetengah antibiotik
walaupun berguna bagi menghapuskan kuman yang menyebabkan jangkitan boleh
menghapuskan sekali bakteria-bakteria baik dalam perut dan usus.
(....dah Doktor bagi...siap pesan..antibiotik ni kena habiskan tau)
11. Alahan Makanan
Mereka
yang alah terhadap gluten atau laktosa boleh mengalami kekurangan sumber
nutrisi diet yang penting seperti thiamine, riboflavin dan kalsium
12. Kehilangan Nutrien Tanaman
Sumber
makanan daripada tanaman seperti sayuran dan buah-buahan boleh kekurangan
nutrien akibat pengurusan tanah yang lemah.
13. Kemalangan dan Penyakit
Luka
terbakar menyebabkan kehilangan protein, vitamin dan mineral. Pembedahan pula
meningkatkan keperluan terhadap zink, Vitamin E dan nutrien yang terbabit dalam
proses pembaikan sel.
14. Tekanan atau Stress
Tekanan
fizikal, emosi dan pencemaran boleh meningkatkan keperluan tubuh terhadap
Vitamin B2, B5, B6 dan Vitamin C.
15. Sindrom pra haid
Penyelidikan
sains telah membuktikan bahawa 60% wanita yang mengalami masalah sindrom pra
haid boleh mendapat manfaat dengan pengambilan suplemen Vitamin B6.
16. Remaja
Proses
tumbesaran yang pesat dari segi fizikal, emosi dan biokimia sewaktu usia remaja
menyebabkan golongan remaja terutama perempuan memerlukan lebih banyak nutrien
berbanding orang dewasa.
17. Wanita Hamil
Kehamilan
menyebabkan keperluan nutrien lebih banyak bagi memastikan proses tumbesaran
yang sihat bagi ibu dan juga bayi.
18. Pil Perancang
Pil
perancang boleh mengurangkan penyerapan asid folik dan meningkatkan keperluan
tubuh terhadap Vitamin B6, Vitamin C, zink dan juga riboflavin.
19. Warga Emas
Peningkatan
usia sering dikaitkan dengan pengambilan vitamin dan mineral khususnya zat besi
dan kalsium yang berkurangan.
Anda berhak memilih produk yang anda yakini selamat, halal dan berkesan. Saya cuma ingin mencadangkan anda semua memilih produk Shaklee kerana Shaklee adalah pilihan terbaik saya.
Jika anda ingin maklumat lanjut mengenai produk shaklee atau ingin mendapatkan diskaun..sila hubungi saya melalui sms/whatsapp 0179155462.
Terima kasih kerana membaca informasi ini dan sudi berkunjung ke blog saya yang tak seberapa ini.
No comments:
Post a Comment