MY TITLE

MY TITLE

Saturday, 18 January 2014

DEMAM DAN DEMAM SELSEMA

Fakta Tentang Demam dan Demam Selsema


Demam bukanlah suatu perkara yang asing dalam hidup kita. Saya pasti setiap orang pernah mengalami demam dalam hidup, kalaupun tidak mengalaminya semasa dewasa anda pasti pernah mengalaminya di zaman bayi atau kanak-kanak.

Apa itu demam?

Demam ialah satu keadaan apabila suhu badan kita lebih tinggi dari biasa. Purata suhu badan normal ialah 36.7 darjah celcius, dan kita dikatakan demam apabila suhu badan melebihi 37 darjah.
Demam sebenarnya merupakan satu gejala dan bukannya penyakit. Ia adalah salah satu cara badan kita melawan penyakit.

Keadaan demam sebagai tindak balas kepada sesuatu penyakit lebih kerap berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Sebagai contoh, bayi atau kanak-kanak akan demam apabila kulit mereka merengsa akibat campak..dan kita menamakannya demam campak.

Faktor penyebab demam

Demam MUNGKIN merupakan gejala kepada:

  • Jangkitan bakteria, virus, rikettsiae, fungus, parasit
  • Penyakit autoimun (seperti demam reumatik vaskulitis, artritis reumatoid dewasa, eritematosus lupus sistemik-SLE)
  • Penyakit sistem saraf pusat (akibat dari kecederaan kepala, tulang belakang dan pendarahan serebrum
  • Penyakit neoplastik malignan (seperti metastasis tumor ke hati, neoplasma primer)
  • Penyakit dalam darah seperti limfoma, leukimia, anemia hemolisis
  • Penyakit kardiovaskular 
  • Penyakit gastrousus / keradangan / inflamasi
  • Penyakit endoktrin
  • Penyakit yang disebabkan alahan ubat / elergi terhadap ubat tertentu
  • Penyakit-penyakit lain seperti kecederan pada tisu, hematoma, demam Mediterranean
Bagaimana mengawal demam?

  • Minum banyak air kosong untuk menggantikan cecair dan elektrolit yang telah hilang
  • Catatkan bacaan suhu pada setiap 2 jam
  • Lapkan badan dengan air
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor apabila;

  • demam melebihi 40 darjah tidak surut selepas 2 jam 
  • demam yang berterusan
  • demam disertai dengan tanda-tanda jangkitan bakteria yang lain
  • demam yang dikaitkan dengan gejala yang mengganggu atau sukar dijelaskan


Apa itu demam selsema?

Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Sistem pertahanan badan menjadi senjata terbaik untuk melawan serangan virus. Perlu diketahui, pengambilan antibiotik tidak memberi kesan pada virus.

Bagaimana virus selsema merebak?

Virus selsema biasanya merebak melalui udara ketika bercakap, bersin, batuk atau bernafas dan ia juga boleh merebak melalui sentuhan. Jangkitan biasanya bermula apabila hidung mula berair dan bersin dengan kerap.

Gejala-gejala selsema
  • Kerongkong rasa perit dan gatal
  • Bersin dengan kerap
  • Hidung berair
  • Hidung tersumbat (di kalangan bayi)
  • Sakit kepala
  • Demam yang ringan
  • Sakit badan
  • Mata berair
  • Perubahan suara (menjadi garau)
  • Hilang deria bau dan rasa


Komplikasi demam selsema

Tiada komplikasi yang serius bagi demam selsema biasa. Walaubagaimanapun harus berwaspada dengan jangkitan bakteria sekunder yang boleh mengakibatkan:

  • bronkitis; iaitu jangkitan pada salur pernafasan
  • laringitis; radang pada laring dan peti suara
  • otitis media; radang pada telinga tengah
  • sinusitis; jangkitan pada sinus (rongga tulang pada hidung)
  • pneumonia; jangkitan pada paru-paru
  • asma

Siapa yang berisiko untuk mendapat komplikasi?

  • Bayi atau kanak-kanak
  • Warga tua
  • Mereka yang kurang zat makanan
  • Mereka yang mempunyai sistem imun yang rendah

Langkah pencegahan

  • Selalu membasuh tangan dengan bersih
  • Tutup mulut ketika batuk atau bersin
  • Jauhi diri dari orang yang selsema
  • Jauhi tempat yang sesak
  • Makan makanan seimbang
  • Dapatkan rehat yang mencukupi
  • Minum air putih secukupnya (minima 8 gelas sehari)
  • Jauhi dari merokok
  • Jauhi dari alkohol

Petua untuk melawan selsema
  • Banyakkan berehat
  • Duduk dalam persekitaran yang lembap dan panas
  • Minum banyak air putih
  • Berkumur dengan air garam yang suam

Berjumpalah dengan doktor sekiranya;
  • selsema dengan suhu tunggi lebih dari 3 hari
  • sakit kepala yang teruk atau sakit di bahagian muka
  • hidung tersumbat sehingga sukar bernafas
  • ronkus berbunyi ketika bernafas
  • batuk yang teruk
  • sakit telinga
  • kahak berwarna kekuningan, kehijaun atau merah karat


Produk Shaklee untuk merawat demam selsema;

Untuk bayi dan kanak-kanak

Nutriferon - digunakan untuk mempertingkatkan fungsi imun

ATAU

Mealshakes - menyokong sistem imun

Untuk dewasa

Nutriferon - digunakan untuk mempertingkatkan fungsi imun
Performance Maximum - untuk mengembalikan elektrolit dalam badan dan mencegah dehidrasi
Vitamin C - Memusnahkan virus selsema
Garlic - merupakan antibodi semulajadi
Zinc Complex - Merangsang sistem imun dan membunuh virus
Peppermint-Ginger Plus - berkesan membunuh bakteria

untuk yang berduit lebih

Vivix - Mengimpak 4 mekanisme untuk penuaan selular

====================================================
Anda boleh memilih produk mengikut keperluan anda, senarai di atas cuma cadangan
=====================================================






No comments:

Post a Comment