MY TITLE

MY TITLE

Wednesday, 1 January 2014

KOLESTROL



Hari ini kita nak bercerita pasal kolestrol.

Apa itu kolestrol?


Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah Manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.
Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil “chylomicron”.
Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan “chylomicron” daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.
Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

Ciri-Ciri Kolestrol Tinggi

Kolestrol Tinggi dalam darah  adalah salah satu penyakit yang merbahaya yang boleh membawa kepada strok, tekanan darah tinggi, serangan sakit jantung, koma dan boleh membawa maut. Mari kita lihat apa ciri-ciri atau tanda seseorang itu menghidap kolestrol tinggi.


1) Rasa berat di tengkuk hingga rasa sengal di bahuSebahagian besar orang merasakan berat di kepala dan sakit-sakit sebagai gejala awal. Gejala ini muncul sebagai akibat kurangnya oksigen.

2) Cepat MengantukTerutama bila kadarnya sudah tinggi sekali, misal trigliserida yang normalnya dibawah 200 mg atau 150 mg, ada yang sampai 600 atau 700 mg itu biasanya akan mengantuk. Hal ini biasanya terjadi kerana kurangnya pengaliran oksigen ke otak akibat pembuluh darah yang menyempit kerana adanya timbunan lemak akibat kolestrol.

3) Kesemutan
Kadang-kadang kesemutan juga boleh terjadi kerana darahnya agak pekat. Kadar kolestrol yang tinggi dapat menyebabkan aliran darah menjadi pekat sehingga oksigen menjadi kurang.

4) Timbunan lemak di atas kelopak mataSecara klinikal ada beberapa hal yang boleh dijadikan petunjuk awal seseorang memiliki kolestrol tinggi, aitu adanya timbunan lemak di atas kelopak mata. Biasanya timbunan ini mengandungi kadar trigliserida (molekul asam lemak) yang tinggi.

5) Mudah Letih
Ketika plak terbentuk di dinding arteri, boleh menyebabkan keadaan seperti atherosclerosis, penyakit jantung koroner (PJK) dan penyakit mikrovaskuler koroner atau coronary microvascular disease (CMD). Keadaan seperti inilah yang menyebabkan badan terasa mudah letih.

6) Sering Sakit Kepala
Ini kerana kolestrol yang tinggi dalam darah menyebabkan terjadinya penimbunan plak-plak di pembuluh darah arteri sehingga menyebabkan terjadinya artherosclerosis. Keadaan ini membuat arteri akan menyempit dan membuat aliran darah ke kepala dan otak berkurang, sehingga menyebabkan rasa sakit di kepala.

7) Kaki Bengkak
Kaki merupakan organ tubuh yang paling jauh dari jantung. Ketika pembuluh darah menyempit dan pengaliran oksigen berkurang, maka tentu saja yang paling sedikit mendapatkan darah adalah kaki. Hal ini akhirnya menyebabkan kaki terlihat membengkak. Keadaan ini hampir sama dengan ketika anda terlalu lama duduk ketika perjalanan jarak jauh, terutama di kelas ekonomi.

Makanan yang boleh mengurangkan kolestrol


1. Kacang Soya
- mengandungi 48 peratus protein, lesitin, vitamin dan zat galian
- mampu menghindari penyakit jantung dan kencing manis
- kandungan kalsium dan mineral membantu memecah lemak sambil menyusutkan kadar lemak jahat atau lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik atau lipoprotein ketumpatan tinggi 
2. Kuaci
- kaya dengan kandungan zat besi
- amalkan makan kuaci jenis tawar seperti biji labu atau bunga matahari untuk menamba zat besi sambil mengurangkan kolesterol
3. Buah kering
- buah kurma kaya dengan serat dan kandungan flavanoid
- mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung
- flavanoid juga terdapat dalam teh, brokoli, tomato, bawang dan buah delima
4. Epal
- makan sebiji epal atau jusnya setiap hari dapat mengurangkan kolesterol dalam badan
- memakan makanan segera dan kemudiannya makan epal atau jusnya dapat mengimbangi kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak
5. Ikan Tuna
- sumber asid omega-3 selain salmon dan sardin
- melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolesterol LDL
 6. Kacang tanah
- kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya vitamin E
- Vitamin E dapat membantu  menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL dan dapat mengelak daripada serangan jantung
7. Buah Mangga
- kaya vitamin C
- vitamin C berupaya mencegah LDL dalam badan
- selain buah mangga buah lain ialah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi
8. Kismis
- mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolesterol
- amalan diet 400 kalori kismis setiap hari boleh menrunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak 8 peratus
9. Jambu batu
- disyorkan makan buah jambu batu dalam jumlah 400 gram atau sebiji sehari selama empat minggu
- dapat menurunkan paras kolesterol sebanyak 18.8 peratus dan baik untuk wanita yang ingin menurunkan berat badan

Di Shaklee, kami menawarkan suplimen berikut untuk mengawal kandungan kolestrol dalam darah;

Pastikan anda menghubungi saya melalui sms/ whatsapp ke 0179155462 untuk mendapatkan diskaun bagi setiap produk yang berikut. Pilihlah produk mengikut kemampuan anda.




No comments:

Post a Comment