MY TITLE

MY TITLE

Wednesday 12 February 2014

TONSILITIS

Sepanjang minggu ni terlalu sibuk dengan urusan anak sampai tak sempat nak update blog... bila anak yang tak pernah berenggang dengan ibu, baru nak masuk 3 tahun, terpaksa dihantar ke tadika...memang terpaksalah ibu menunggu anak menyesuaikan diri. Apalagi anak kita berlainan dari kanak-kanak lain...memang berat rasa hati ini. Namun, apakan daya..untuk kebaikan dia jugak..terpaksa melepaskan walau keberatan.

Hari ni berkesempatan nak update blog..so saya nak kongsi pasal tonsilitis, atau senangnya kita sebut tonsil.

Tonsil selalunya terjadi pada kanak-kanak, tapi ia juga turut terjadi kepada orang dewasa. Anak saya juga kerap mengalami tonsilitis disebabkan perubahan cuaca. Maklumlah cuaca di Cameron Highlands ini sejuk...bila balik kampung cuaca panas. Kalau kurang minum air masak memang tonsil akan membengkak dan menyebabkan muntah-muntah.


Apa sebenarnya tonsilitis?

Tonsilitis merupakan keradangan pada tonsil akibat jangkitan daripada kuman, sama ada bakteria,atau virus. Tonsil sebenarnya penting untuk merangsang sistem imuniti tubuh menghasilkan antibodi semulajadi. Apabila berlaku keradangan, tonsil akan menjadi kemerahan dan membengkak menyebabkan kita sukar untuk menelan.

Tonsilitis terbahagi kepada 3 keadaan iaitu:
(i)  Acute tonsilitis

  • sakit tekak
  • sukar menelan
  • kelenjar dalam tekak membengkak dan sakit
  • letih dan lesu
  • gejala halangan pernafasan spt berdengkur
  • anak-anak enggan makan dan minum
  • muntah
  • berlangsung selama 3-5 hari (maksimum 2 minggu)
(ii)  Recurrent tonsilitis
  • acute tonsilitis yang kerap...mungkin 3-7 kali dalam setahun
(iii) Chronic tonsilitis
  • sakit tekak yg berlarutan melebihi 2 minggu
  • sakit untuk menelan serta bengkak yang berlarutan



Kebiasaannya, apabila kita batuk dan selsema..kita akan merujuk kepada doktor dan doktor akan memeriksa keadaan anak tekak. Jika tonsil membangkak, doktor akan prescibed antibiotic untuk membunuh kuman yang menyebabkan keradangan. Tetapi...penggunaan antibiotik secara kerap boleh menyebabkan virus atau bakteria jahat menjadi imun sehingga mengakibatkan badan kita memerlukan dos yang lebih kuat. Selain daripada itu, antibiotik juga boleh membunuh bakteria baik yang diperlukan oleh badan.

Di Shaklee, kami menawarkan suplimen yang boleh merangsang penghasilan antibodi semulajadi iaitu Nutriferon. Nutriferon merupakan satu-satunya interferon semulajadi di dunia dan dipaten secara ekslusif oleh Shaklee dan tidak dijual di kedai-kedai biasa. Ia terbukti mampu mengukuhkan sistem imun badan kita hanya dalam masa 3 hari. Banyak kajian telah dilakukan dan ia menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi berfungsi untuk membunuh T-cells, B-cells dan makrofaj.

Anda juga digalakkan untuk mengambil Sustained Release Vita-C untuk mempercepatkan proses pemulihan luka dalam tekak dan melindungi tubuh dari infeksi bakteria.

Untuk mengurangkan bengkak, anda disarankan mengambil B Complex.

Bagi anda yang mahukan kos yang lebih rendah, anda boleh menukarkan Nutriferon dengan Garlic. Garlic juga boleh bertindak sebagai antibiotik semulajadi.

No comments:

Post a Comment