MY TITLE

MY TITLE

Sunday, 13 July 2014

Hibernating

Lama tak menulis.. maklumle hibernate..hehe!!

Promosi Julai..sempena raya tahun ni.. Vivix...the elegent red bottle..buy 6 FREE 1. Sape nak bagi free sebotol vivix tu saja2. Maklumle.. rege sebotol tu pun boleh tahan.

Sunday, 2 March 2014

PROMOSI BULAN MAC

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

BELI 6 PERCUMA 1

BUY 6 FREE 1
======================================

Untuk Kesuburan
ESP + GLA Complex

Untuk Kecantikan
ESP + Vita C + Vita C

Untuk Awet Muda
ESP + Collagen Powder

Untuk Diet
ESP + Omega Guard / Lecithin + HerbLax / Alfalfa 

Untuk Penyusuan
ESP + Alfalfa

Untuk Kehamilan
ESP + Vita Lea + B Complex

Untuk Kecergasan
ESP + Performance Drink

==================================
Ummu Saffya
017-9155462

Tuesday, 18 February 2014

VIVIX SEBAGAI ANTI-OKSIDAN

Apa itu Anti oksidan?


Sesuai dengan namanya, anti oksidan adalah zat atau bahan yang mampu melawan kesan-kesan daripada proses fisiologi pengoksidaan dalam tisu-tisu badan. Ia merupakan nutrisi yang terdiri daripada vitamin dan mineral serta enzim, iaitu protein dalam badan yang membantu dalam tindak balas kimia yang dipercayai mampu menghalang perkembangan apa-apa penyakit yang kronik seperti kanserpenyakit jantungstrokPenyakit Alzheimer,artritis reumatoid dan katarak .

Contoh proses oksidasi ialah epal yang dikupas menjadi keperangan dan besi yang dibiarkan akan berkarat.

Radikal bebas

Stres-pengoksidaan berlaku apabila pengeluaran molekul-molekul yang merbahaya yang dipanggil radikal bebas adalah melebihi keupayaan perlindungan pertahanan antioksida. Radikal bebas adalah kimia aktif atom yang sangat tidak stabil. Tindak balas di antara atom-atom aktif ini merosakkan sel-sel, protein dan DNA. DNA ialah sejenis molekul yang terdapat dalam semua sel, kecuali sel darah merah, yang menyimpan kod genetik yang menentukan semua ciri-ciri manusia seperti warna kulit, mata, jenis rambut dan sebagainya.
 Adalah sangat sukar untuk kita mengelakkan kerosakan akibat radikal bebas secara semulajadi. Ini adalah kerana proses itu berlaku di luar dan di dalam badan kita. Oksidan boleh berkembang daripada proses-proses dalam badan akibat dari pernafasan, metabolisme dan keradangan. Sementara radikal bebas luaran daripada faktor-faktor alam sekitar seperti pencemaran, sinar UV, senaman berat, x-rays, rokok dan alkohol. 
Sistem antioksidan kita adalah tidak sempurna, jadi semakin kita berusia,  semakin banyak bahagian-bahagian sel yang rosak terkumpul disebabkan oleh pengoksidaan.

Bagaimana Vivix membantu pesakit yang menghidap penyakit kronik
Vivix sangat kaya dengan resveratrol. 

Resveratrol telah mendapat banyak perhatian untuk dilaporkan antipenuaan dan manfaat memerangi penyakit. Kajian awal, kebanyakannya dilakukan dalam ujian tiub dan haiwan, mencadangkan bahawa resveratrol mungkin membantu melindungi tubuh terhadap beberapa penyakit, termasuk:

Jantung - Resveratrol membantu mengurangkan keradangan, mencegah pengoksidaan LDL( kolestrol jahat), dan menghalang platlet dari bergumpal dan membeku yang boleh membawa kepada serangan jantung.
Kanser - Resveratrol berupaya menghadkan penyebaran sel-sel kanser dan mencetuskan proses kematian sel kanser. 
Penyakit Alzheimer - Resveratrol boleh melindungi sel-sel saraf daripada kerosakan dan pembentukan plak yang boleh menjurus kepada Alzheimer.
Kencing manis  - Resveratrol membantu menghalang rintangan insulin. Rintangan insulin adalah punca utama  diabetes.
Resveratrol juga telah dikaitkan dengan pencegahan masalah berkaitan umur seperti penyakit jantung dan rintangan insulin. Penyelidik percaya bahawa resveratrol mengaktifkan gen SIRT1, satu mekanisme biologi yang seolah-olah melindungi badan terhadap kesan-kesan berbahaya daripada obesiti dan penyakit-penyakit penuaan.
Bagaimana Vivix bertindak sebagai "Anti Aging" ?

Vivix berupaya mengimpak 4 mekanisma penuaan pada tahap sellular.

ü  Memperbaiki kerosakan sel DNA

Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki sel-sel DNA yang rosak akibat dari hampir sejuta serangan yang mengganggu pengkalan data genetik.

ü  Mengurangkan inflamasi

Ujian klinikal menunjukkan ramuan Vivix dapat mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang dapat mengurangkan inflamasi dan melambatkan penuaan pada peringkat sel.

ü  Meningkatkan penghasilan tenaga

Tenaga dalam badan kita dihasilkan oleh Mitochondria. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel juga turut menurun. Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis iaitu pembentukan baru mitochondria untuk meningkatkan tahap tanaga di dalam sel.

ü  Mengelakkan akumulasi protein AGE


Protein AGE (Advanced Glycation End products) yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. Ramuan Vivix adalah 10 kali lebih kuat dari resveratrol untuk melambatkan pembentukan protein AGE.




Sunday, 16 February 2014

HIPERAKTIF : RAWATAN SEGERA

Rawatan segera atasi hiperaktif

Kanak-kanak yang terlampau aktif berkecenderungan menunjukkan simptom ADHD.


DUDUK diam! Jangan nakal-nakal!'' Mungkin itu adalah ayat biasa yang diungkapkan oleh seorang ibu kepada anak-anak yang sedang 'mengganas'.
Bayangkan mainan yang bersepah di serata ceruk rumah serta tabiat suka melompat dari meja atau sofa selalunya membuatkan si ibu mudah 'naik hantu'.
Jika itu yang sering dilakukan oleh anak-anak, tidak perlu khuatir kerana ia adalah sebahagian daripada proses normal bagi seorang kanak-kanak aktif dan cergas yang sedang membesar.
Jika si kecil gagal memberi tumpuan serta tidak fokus apatah lagi jika mereka juga hiperaktif, cuai, gagal menguruskan apa sahaja, mudah terganggu serta tidak boleh bermain atau melakukan sesuatu dengan senyap, ibu bapa perlu beri perhatian.
Malah bukan sekadar itu, dia juga sering bercakap sendirian, kurang fokus serta kurang sabar dalam menyelesaikan masalah.
Jika anak-anak mengalami simptom- simptom tersebut segeralah berjumpa doktor, kata Perunding Psikiatrik Pusat Perubatan Gleaneagles Intan, Dr. Nor Hamidah Mohd. Salleh
Menurut beliau, simptom itu sebenarnya dipanggil ADHD atau Gangguan Hiperaktiviti dan Kurang Daya Tumpuan yang merupakan satu masalah tidak normal pada bahagian otak yang membuatkan kanak-kanak bersikap terlampau aktif sejak lahir lagi.
Kanak-kanak yang mempunyai gejala ADHD, lebih mudah terganggu dengan bunyi-bunyian dan benda-benda di sekeliling mereka.
Lazimnya, mereka tidak boleh memberi tumpuan untuk tempoh jangka panjang. Ini kerana mereka mudah berasa bosan dan gelisah sekiranya berada dalam keadaan senyap atau tidak melakukan sebarang aktiviti
''Keadaan ini sebenarnya boleh dikesan pada peringkat awal lagi kerana mereka akan berkelakuan mengikut gerak hati sendiri,'' ujarnya ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Bagaimanapun tegas Dr. Nor Hamidah, simptom tersebut tidak mudah didiagnosis disebabkan tidak boleh dibezakan seperti penyakit-penyakit lain.
''Jika anda meletakkan 10 budak nakal dan 10 kanak-kanak ADHD dalam satu kumpulan, anda masih tidak nampak perbezaannya. Bagi kanak-kanak nakal biasa, mereka masih boleh dikawal manakala ADHD amat susah dikendalikan sehinggakan kita menyangka mereka menghadapi masalah tingkah laku," ujarnya lagi.
Tegasnya lagi, dalam permasalahan itu, tiada punca utama ditemui berkaitan sindrom tersebut walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah itu.
Bagaimanapun, jika tidak diberi rawatan lebih awal, 60 peratus daripada individu ini akan membesar sebagai orang dewasa yang bermasalah sehingga mendorong melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.
Terang Dr. Nor Hamidah lagi, disebabkan ADHD mempengaruhi genetik, seseorang bapa boleh mewariskan sindrom ini kepada anak lelaki mereka.
''Keadaan ini juga menjadikan kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami ADHD sebanyak tiga kali ganda berbanding kanak-kanak perempuan,'' ujarnya lagi.
Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 - 15 tahun menunjukkan seramai 4.3 peratus mempunyai ciri-ciri ADHD.
Kebanyakannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.
Katanya, masalah itu boleh dipanggil penyakit yang tidak nampak kerana secara realiti, mereka sihat malah kebanyakan mempunyai tahap setara individu biasa dan lebih menakjubkan sebilangan besar mempunyai kebolehan serta bakat seni luar biasa.
''Kanak-kanak ini sebenarnya tidak sakit. Mereka hanya mengalami ketidakseimbangan sistem neuro di dalam otak menjadikan mereka sukar mengawal diri. Penyakit ini juga bukan berpunca daripada pemakanan, pengambilan gula berlebihan, alahan atau terpengaruh dengan televisyen.
Bagaimanapun katanya, ADHD perlu dirawat segera sebaik disedari kerana ia menyebabkan beberapa masalah sampingan seperti perasaan rendah diri, kurang yakin dan lemah pencapaian akademik.
''Dalam situasi ini, ibu bapa seharusnya tidak kecewa jika anak mereka didapati mengalami masalah ini, bawalah mereka bertemu pakar supaya tingkahlaku ini tidak terbawa-bawa ke alam dewasa dan mereka sebenarnya masih berpotensi menjalani hidup normal seperti individu lain," katanya.
Dalam keadaan ini, tegas Dr Nor Hamidah, ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa ketika di rumah untuk dipraktikkan.
'' Berikan arahan satu persatu dengan jelas supaya mereka memahami arahan tersebut dan menjelaskan padanya kesan dan akibatnya.
Sekiranya mereka membuatkan sesuatu dengan baik berikan pujian supaya menaikkan rasa harga diri.
Bagaimanapun, biasakan mereka untuk melakukan kerja-kerja asas dirumah bagi membiasakan mereka.
Malah terang Dr. Nor Hamidah lagi, tidak salah jika sebagai ibu bapa wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan mereka berkelakuan dengan baik.
Apabila disekolah minta bantuan guru supaya tempatkan mereka dengan kedudukan di hadapan kelas.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0812&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_03.htm#ixzz2tXbR0Cpm
© Utusan Melayu (M) Bhd 


VITAMIN SHAKLEE UNTUK MEMBANTU KANAK-KANAK ADHD/ADD/AUTISME

1) Meal Shakes
  - Membekalkan nutrien yang seimbang dengan 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran  dan perlindungan yang baik

2) Omega Guard
  - Membekalkan sumber omega-3 (EPA & DHA) yang penting untuk perkembangan dan fungsi otak. Ia dapat membantu mengekalkan konsentrasi dan menguatkan daya ingatan.

3) GLA Complex
  - Sumber Omega-6, jika diambil bersama omega-3 dapat membantu fungsi otak dan fungsi saraf serta membantu membentuk tingkahlaku normal

4) Ostematrix
  - Sumber kalsium dan magnesium yang penting untuk menyokong pertumbuhan gigi dan tulang yang kuat. Ia juga memberi kesan penenang.

5) Vita-Lea Chewable (Kehabisan stok buat masa ini)
  -  Membekalkan 19 vitamin dan mineral yang sangat penting untuk tumbesaran kanak-kanak, serta bersifat anti stress, anti kemurungan

6) Chewable Vita-C (Kehabisan stok buat masa ini)
  - Membekalkan vitamin C untuk keperluan seharian dan untuk membina sistem imun yang kuat.

7) B-Complex
  - Untuk fungsi otak dan mempertingkatkan fungsi kelenjar adrenal (kesan penenang dan anti kemurungan)

8) Energizing Soy Protein


  - Membekalkan protein yang lengkap untuk diet seharian dan meningkatkan tenaga.

MATI PUCUK ATAU IMPOTENCE

Lelaki yang kelihatan macho, tegap dan gagah di luar, tak semestinya juga macho, tegap dan gagah di kamar. Hmm...nape ek? Sebenarnya banyak faktor yang menjejaskan kesihatan seksual lelaki. Jom...hari ni kita bincang tentang masalah mati pucuk atau juga disebut impotence pada lelaki.

Definisi Impotensi / Mati Pucuk

Juga dikenali sebagai lemah tenaga batin atau lemah syahwat, yang merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks.

Tanda-tanda Impotensi


  1. Alat kelamin langsung tidak mampu menegang. Ia merupakan jenis mati pucuk yang kronik yang berlaku pada 1 dalam 100 orang lelaki dan paling ditakuti oleh semua lelaki.
  2. Alat kelamin lembik dan tidak mampu senggama, di mana air mani keluar sebelum berlakunya senggama. Ia mungkin berpunca dari tabiat pemakanan  dan gaya hidup yang tidak sihat.
  3. Alat kelamin tegang tetapi tidak boleh memancutkan air mani. Ia juga termasuk dalam kategori mati pucuk, bukannya tanda lelaki itu kuat tenaga batin. Ini kerana lelaki itu akhirnya terpaksa berhenti akibat keletihan dan tanpa orgasme.
  4. Alat kelamin tidak tegang seperti biasa. Jenis ini boleh dihidapi oleh mana-mana lelaki apabila berada dalam keadaan yang stress atau terlalu penat.

Faktor penyebab Impotensi
  1. Faktor usia
  2. Tabiat pemakanan yang tidak sihat
  3. Kurang bersenam
  4. Memakai pakaian dalam terlalu ketat dan terlalu lama
  5. Penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, masalah jantung yang mengganggu pengaliran darah ke bahagian alat sulit
  6. Faktor psikologi seperti tekanan
  7. Faktor fisiologi seperti terhalangnya aliran darah akibat masalah saraf berpunca dari kemalangan atau pembedahan
  8. Tabiat merokok dan pengambilan dadah dan alkohol
  9. Kesan sampingan dari ubat-ubatan kimia

Mengatasi masalah impotensi dengan Shaklee
  1. Vivix (1 sudu 2 kali sehari) - mengimpak 4 mekanisme utama penuaan selular, mencegah penyakit kardiovaskular, mengurangkan infeksi diabetes, darah tinggi dan memperbaiki sistem saraf
  2. Zinc Complex (3 biji 2 kali sehari) - memperbaiki kebolehan seksual lelaki dan meningkatkan nafsu seks
  3. Vita E Complex (2 biji 2 kali sehari) - Mempertingkatkan kebolehan reproduktif dan kiraan sperma
  4. CoQHealth - Meningkatkan stamina dan menambah bilangan sperma
  5. Collagen Powder - Ekstrak pfaffia membantu meningkatkan nafsu berahi dan memperbaiki peredaran darah
  6. Vita C SR - Menjadikan salur darah lembut, mengembang dan membenarkan lebih darah untuk mengalir
  7. Omega Guard - Memperbaiki aliran darah, menghalang pengecutan salur darah
  8. Vita Lea - Multivitamin dan multimineral yang lengkap dan seimbang
  9. B Complex - Anti stress dan memperbaiki sistem saraf
  10. Energizing Soy Protein - meningkatkan kiraan sperma

*** Anda tidak semestinya menggunakan semua produk di atas. Mengenalpasti punca dan level boleh membantu anda memilih produk yang sesuai.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi 017-9155462. In sya Allah harga yang ditawarkan adalah berpatutan.



Disfungsi Seksual Wanita (FSD)

SUMBER: https://www.facebook.com/notes/ushine-health-beauty/mati-pucuk-versi-wanita/275583615847134


MATI PUCUK VERSI WANITA?

February 17, 2012 at 11:38pm
Adakah? Memang ada, dan ia lebih dikenali sebagai disfungsi seksual wanita (FSD). Bukan itu sahaja. FSD tidak hanya mewakili satu masalah tunggal tetapi turut meliputi pelbagai masalah seksual kaum hawa.
Dari gangguan keinginan seksual hipoaktif (HSDD atau dorongan seks rendah atau libido) hinggalah kepada kesakitan semasa melakukan hubungan kelamin, disfungsi seksual lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki.
Penyebaran disfungsi seksual di kalangan lelaki dianggarkan pada tahap 31 peratus sementara di kalangan wanita adalah 43 peratus. Ini bermakna setiap dua daripada lima orang wanita mengalami FSD.
Apakah FSD itu sebenarnya? Apakah yang menjadi puncanya? Bagaimana pula dengan gejalanya? Apakah yang boleh dilakukan oleh lelaki untuk membantu pasangan mereka? Senarionya di Malaysia?
Pfizer Global Better Sex Survey 2006 yang telah meninjau pendapat lelaki dan wanita di seluruh dunia tentang kepuasan dan aspirasi seksual mendapati, 83 peratus wanita Malaysia berpendapat bahawa seks merupakan satu aspek kehidupan penting untuk mencapai hubungan yang memuaskan.
Namun begitu, lebih daripada 69.6 peratus wanita Malaysia mengalami satu daripada masalah FSD. Gabungan dua fakta ini menyebabkan tanggungjawab memahami FSD oleh kedua-dua pihak menjadi lebih penting lagi.
‘‘Apabila wanita mula meningkat usia, kewujudan FSD juga turut meningkat. Sebahagian daripada apa yang menjadikan FSD ini sesuatu yang misteri adalah kerana ia merujuk kepada pelbagai masalah seksual di kalangan wanita.
‘‘FSD yang paling biasa adalah ketiadaan libido. Ciri-cirinya termasuklah dorongan dan minat dalam aktiviti seksual yang begitu rendah,’’ demikian menurut Kaunselor Perhubungan dan Pakar Terapi Seks terkemuka dari Sydney, Australia, Dr. Rosie King.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan tutorial media tentang FSD anjuran firma farmaseutikal Pfizer Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Beliau berkata, di kalangan wanita, ia disebabkan oleh banyak faktor termasuk tekanan perasaan, terlalu letih, kemurungan, putus haid, berkeluarga dengan anak kecil atau berada dalam hubungan yang tidak bahagia.
‘‘Satu lagi FSD yang biasa adalah gangguan nafsu berahi di mana wanita menggambarkan sama ada mereka sukar untuk berasa ghairah atau melakukan hubungan seks dalam keadaan kering dan tidak selesa.
‘‘Gangguan kesakitan seksual atau dispareunia dan vaginismus, di mana otot lantai pelvis menjadi kejang sehingga menjadikan hubungan seks tidak dapat dilakukan, juga kerap dilaporkan oleh wanita,’’ jelasnya.
Namun begitu, harapan masih ada. FSD bukanlah sekadar satu fenomena fizikal tetapi gabungan faktor-faktor biologi, psikologi, jalinan hubungan, seksual dan keadaan semasa yang kompleks.
Oleh kerana itu, menurut Dr. King, kunci untuk mengatasi FSD adalah dengan memahami tubuh wanita dan amat penting sekali bagi pasangannya untuk turut terlibat dalam membantu wanita berasa selesa dengan reaksi tubuhnya semasa melakukan hubungan yang intim ini.
Memahami bagaimana nafsu seksual berfungsi akan membantu kedua-dua pihak berasa lebih relaks dan dapat menikmati hubungan seks sepenuhnya, ujar beliau.
Dr. King turut mendedahkan bahawa seorang wanita bertindak balas lebih perlahan terhadap rangsangan seksual dan secara tipikalnya wanita memerlukan 15 sehingga 20 minit masa bercumbu sebelum dia bersedia untuk melakukan hubungan seks.
‘‘Banyak perubahan berlaku di bahagian pelvis wanita bagi membolehkan mereka melakukan hubungan seks dengan selesa dan pasangannya perlu mengambil kira hal ini semasa bercumbu.
‘‘Tanpa pertimbangan ini, wanita mungkin akan mengalami kesakitan yang mempunyai gejala gangguan kesakitan seksual,’’ katanya.

Jenis-jenis FSD lazim

Ketiadaan libido
Disfungsi seksual paling biasa, yang menjejaskan lebih daripada 30 peratus wanita adalah ketiadaan libido. Punca biasanya termasuklah tekanan perasaan, terlalu letih, kemurungan, putus haid, berkeluarga dengan anak kecil atau berada dalam hubungan yang tidak bahagia.
Di peringkat awal dalam sesuatu hubungan iaitu semasa bercinta, nafsu seksual wanita cenderung lebih tinggi kerana peningkatan dalam hormon testosteron.
Selepas 18 bulan sehingga tiga tahun, tahap nafsu ini akan menurun dan selepas itu ramai wanita tidak pernah lagi atau jarang sekali mengalami nafsu yang spontan terhadap seks walaupun mereka mungkin masih akan terbuka terhadap perlakuan seks sekiranya pasangan mereka memulakannya.
Umumnya nafsu seksual lelaki adalah lebih tinggi daripada wanita. Perbezaan ini dikenali sebagai percanggahan nafsu. Kebanyakan wanita yang rendah libido juga akan mengalami masalah menangani percanggahan nafsu ini.
Wanita lebih kerap berasa tidak puas hati dengan tahap libido mereka kerana mereka membandingkan nafsu semasa mereka dengan nafsu ketika bercinta, dengan nafsu pasangan lelaki mereka yang kuat atau dengan pandangan yang tidak realistik yang mereka dapati daripada media tentang nafsu seksual wanita.
Kebanyakan wanita mengharapkan mereka akan hanyut dalam arus keghairahan nafsu dan mereka akan begitu kecewa apabila mendapati nafsu seksual mereka adalah neutral dan terpaksa bergantung kepada sebab-sebab lain yang tidak seksual sebagai motivasi untuk melakukan hubungan seks.
Bagi mengatasi masalah nafsu ini, wanita perlu memahami bagaimana nafsu seksual berfungsi dan menjadi peka terhadap pengalaman seksual bagi seseorang wanita yang tipikal. Ini akan membantu wanita berasa lebih normal berhubung dengan tahap nafsu mereka.

Gangguan Nafsu Berahi
Wanita yang mengalami gangguan nafsu berahi menyatakan masalah untuk membangkitkan rasa ghairah dan menikmati hubungan seks, atau hubungan seks ini berlaku dalam keadaan kering dan tidak selesa.
Mereka juga mengadu tidak dapat mencapai nikmat dan keseronokan semasa melakukan hubungan seks.
Kebanyakan wanita tidak menyedari bahawa mereka memerlukan di antara 15 hingga 20 minit masa untuk bercumbu sebelum mereka bersedia untuk melakukan hubungan seks.
Banyak perubahan berlaku di bahagian pelvis wanita yang akan membolehkan hubungan seks berlaku dalam keadaan yang selesa. Sekiranya tiada masa diberikan untuk perubahan ini berlaku, wanita mungkin akan berasa sakit semasa melakukan hubungan seks.
Wanita mendapati adalah lebih sukar untuk menumpukan perhatian terhadap pengalaman yang erotik berbanding lelaki dan justeru itu nafsu seksual mereka bangkit dengan lebih perlahan.
Sekiranya seseorang wanita mempunyai masalah untuk membangkitkan nafsu seksual mereka, kemungkinan besar dia akan mengalami masalah mencapai orgasma dan menderita pula gangguan orgasma.

Gangguan kesakitan seksual
Gangguan kesakitan seksual atau dispareunia adalah satu lagi masalah seksual bagi wanita.
Hubungan seks yang menyakitkan mungkin disebabkan ketiadaan rasa ghairah seperti yang telah dijelaskan di atas atau ia mungkin disebabkan masalah fizikal yang mendasari seperti jangkitan atau keradangan.
Satu bentuk hubungan seks yang menyakitkan dikenali sebagai vaginismus di mana hubungan seks tidak dapat dilakukan kerana kekejangan otot lantai pelvis.

Sebab-sebab FSD
Masalah seksual wanita dan ketidakpuasan seksual boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dari segi biologi, psikologi, jalinan hubungan, seksual dan keadaan semasa.
Walau bagaimanapun, kajian mendapati bahawa disfungsi seksual lelaki seperti ED atau pancutan air mani terlalu awal boleh melemahkan fungsi seksual wanita lalu mengehadkan nikmat dan kepuasan seksual wanita.
Adalah didapati bahawa, bagi wanita yang pasangan mereka menderita ED, mereka akan mengalami masalah rendah libido, kurang nafsu berahi, kelemahan orgasma dan kepuasan seksual yang berkurangan.
Namun, apa yang menariknya, apabila masalah ED lelaki telah dirawat, tindak balas seksual di kalangan pasangan wanita akan bertambah baik. Ramai lelaki berasa malu untuk mendapatkan bantuan bagi masalah ereksi mereka.
Mereka mungkin tidak menyedari bahawa masalah ereksi boleh memberi kesan bukan sahaja dalam hubungan mereka dan keadaan emosi pasangan tetapi juga terhadap keseronokan, fungsi dan kepuasan seksual pasangan mereka.
Apabila seorang lelaki mengalami ED, dia secara tipikalnya akan kehilangan harga diri dan keyakinan lalu menjadi murung dan mula menyisihkan diri daripada pasangannya.
Wanita sering kali menyalahkan diri mereka apabila pasangan lelakinya mengalami masalah seksual. Adakah saya terlalu gemuk atau terlalu tua? Apakah dia tidak lagi menyintai saya? Kedua-dua pihak mengasingkan diri dan hubungan intim di antara kedua mereka mula retak.
Namun begitu, seperkara yang baik adalah, jika lelaki mendapatkan rawatan untuk ED dan rawatan tersebut mengembalikan ereksi yang tegang pada peringkat maksimum – ereksi Gred 4 pada Skala Ketegangan Ereksi, tindak balas seksual pasangan wanitanya akan bertambah baik.
Disfungsi seksual akan berakhir dan keseronokan dan kepuasan seksual wanita akan kembali pulih.

Apa yang boleh dilakukan kaum Adam untuk membantu?
Seks adalah satu perkongsian di mana disfungsi di kalangan mana-mana pihak akan mewujudkan tekanan yang besar ke atas hubungan pasangan tersebut.
Malah, kajian mendapati bahawa disfungsi seksual lelaki seperti ED atau pancutan air mani terlalu awal turut boleh menyumbang kepada FSD.
Wanita yang pasangannya menderita masalah ED didapati mempunyai tahap libido yang rendah, kurang bernafsu, menghadapi kelemahan orgasma dan kepuasan seksual yang berkurangan.
Dalam kajian yang diterbitkan oleh Current Sexual Health Reports, kemungkinan wanita dengan FSD melaporkan kehidupan yang tidak bahagia adalah 2.5 hingga lima kali lebih tinggi dan 41 peratus daripada mereka juga berasa bahawa mereka patut dipersalahkan apabila pasangan mereka mengalami ED.
Apa yang menarik, kata Dr. King, apabila lelaki mendapatkan rawatan untuk ED dan pulih sehingga mencapai ketegangan maksimum, tindak balas seksual daripada pasangan wanita juga akan bertambah baik.
Kesimpulannya, ini nasihat beliau: “Seks adalah perekat dan pelincir dalam sesuatu hubungan. Perekat kerana ia dapat membantu merapatkan hubungan pasangan, dan pelincir kerana hubungan seks yang baik dapat membantu pasangan mengatasi masalah lain dalam kehidupan mereka.
‘‘Adalah penting bagi pasangan untuk memupuk kemesraan dalam hubungan mereka dengan menjalin ikatan emosi yang intim (berkongsi tanggapan dan perasaan peribadi), menikmati masa yang dihabiskan bersama-masa dan melakukan hubungan seks secara aktif dan teratur.
‘‘Jadi, jika wujudnya sebarang masalah seksual, ia patut ditangani dengan segera dan pasangan itu wajar mendapatkan khidmat nasihat profesional,” katanya.

Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

***********************************************************************************************************************

Jom ikhtiar untuk menangani FSD dengan Shaklee


  1. Vivix (diambil sebanyak 1 sudu 2 kali sehari) - untuk mengimpak 4 mekanisme utama penuaan selular, termasuklah memperbaiki sistem saraf 
  2. Collagen Powder (1 sudu 1 kali sehari) - untuk memperbaiki peredaran darah dan meningkatkan nafsu berahi
  3. Energizing Soy Protein (2 sudu 2 kali sehari) - untuk keseimbangan hormon serta meningkatkan tenaga
  4. GLA Complex (3 biji 2 kali sehari) - untuk mengimbangi hormon
  5. Omega Guard (3 biji 2 kali sehari) - mengandungi EFA, menyokong peredaran darah yang baik 
  6. B Complex (3 biji 2 kali sehari) - untuk mengurangkan stress.Stress adalah salah satu punca FSD.
  7. Vita C SR (2 biji 2 kali sehari) - untuk mengoptimumkan fungsi kelenjar
  8. Zinc Complex (2 biji 2 kali sehari) - Meningkatkan nafsu
  9. Alfalfa Complex (10 biji 2 kali sehari) - Membekalkan mineral dan iodin serta detoks.

MIGRAIN








Untuk kaedah-kaedah lain merawat migrain...anda boleh melawati web berikut
http://fuh.my/5-cara-mudah-hilangkan-migrain/


Hubungi 017-9155462 (ummu saffya) untuk pertanyaan dan pesanan...