MY TITLE

MY TITLE

Tuesday, 31 December 2013

KESIHATAN JANTUNG

10 MAKANAN YANG BAIK UNTUK JANTUNG

Jantung Sihat
Jantung merupakan organ penting manusia.Ia berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan. Makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita.

Berikut 10 makanan yang baik supaya jantung sihat.

1.Makanan Beroat
Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.

2.Salmon
Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus.“Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat,” menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com.

3.Avocado
Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh.

4.Minyak zaitun
Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu.Ia adalah pengganti baik bagi mentega.

5.Kekacang
Kacang-kacang seperti walnut dan almond .

6.Berries
Blueberries, raspberries, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan.Berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.

7.Kacang peas
Tambah pengambilan kacang peas, seperti kacang merah dan kacang hitam.

8.Bayam
Bayam kaya akan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.

9.Biji rami (linseed)
Biji rami kaya dengan serat dan omega-6.Pengambilan biji rami dicampurkan dengan oatmeal.

10.Kacang Soya
Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol karena rendah lemak.

Semoga dengan tip-tip ringkas ini dapat memberi panduan berguna menjaga kesihatan diri kita.

Disusun dan disediakan:
Nithyawathi A/P Batumalai
Penolong Pegawai Penyediaan Makanan
Unit Sajian, Hospital Kuala Penyu

Sumber: http://hspkpyu.moh.gov.my/infosihat.item.80/10-makanan-yang-baik-untuk-jantung.html






Harga pasaran bagi CoQHealth Plus ini ialah RM124.00. 
Jika anda berminat untuk mendapatkan CoQHealth Plus ini, sila sms/ whatsapp saya 0179155462 untuk mendapatkan harga istimewa. 

Disyorkan bersama OmegaGuard 
Harga pasaran: RM136.00

Mengapa kita perlu suplimen?

Di bawah ini ada 19 sebab mengapa kita perlukan suplimen;

1. Masalah Penghadaman
Penghadaman yang tak efisien boleh membataskan penyerapan vitamin oleh tubuh. Contohnya jika mengunyah makanan dengan kurang sempurna atau terlalu cepat. Ini menghasilkan saiz partikel makanan yang lebih besar dari normal iaitu terlalu besar bagi tindakan lengkap oleh enzim-enzim penghadaman. Mereka yang menggunakan gigi palsu juga boleh menjejaskan penyerapan vitamin akibat pengunyahan kurang efisien. 
( makan terlalu laju menyebabkan masalah penghadaman dan membawa kepada kegemukan).

2. Kopi, Teh Panas & Rempah
Tabiat meminum air yang terlalu panas atau pengambilan terlalu banyak kopi, teh, jeruk dan rempah boleh menyebabkan inflamasi atau keradangan pada lapisan saluran pencernaan. Ini mengakibatkan kurangnya rembesan cecair penghadaman serta penyerapan vitamin dan mineral menjadi kurang.
(kopi n teh kan sedap..jeruk dan asam nyam nyam!!)

3. Alkohol
Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas iaitu organ yang penting dalam proses penghadaman dan metabolisma. Pengambilan alkohol yang kerap dan banyak menyebabkan badan memerlukan lebih banyak Vitamin B terutamanya thiamine, niacin, pyridoxine, asid folik, Vitamin B12, Vitamin A, Vitamin C, zink, magnesium dan juga kalsium.
(ini memang haram ye..jgn cuba-cuba)

4. Merokok
Amalan merokok boleh menyebabkan iritasi pada saluran penghadaman dan meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin C yang juga penting dalam fungsi sistem imun.
(dah tau, lagi nak merokok juga..)

5. Julap / ubat sembelit / ubat kurus
Penggunaan julap secara berlebihan boleh mengakibatkan kurangnya penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan. Paraffin dan lain-lain minyak mineral meningkatkan kehilangan vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Penggunaan julap yang banyak juga boleh menyebabkan kehilangan mineral seperti potassium, sodium dan magnesium.

6. Fad Diet
Diet ganjil yang tidak mengandungi semua kumpulan makanan berkemungkinan kurang mengandungi vitamin. Paling popular, diet kurang lemak, jika diamalkan secara ekstrem boleh mengakibatkan kekurangan Vitamin A, D, E dan K. Diet vegetarian yang tidak mengambil daging dan sumber haiwan lain pula perlu dirancang dengan baik supaya tidak kekurangan Vitamin B12 yang boleh mengakibatkan anemia.

7. Makanan Terlebih Masak
Memasak terlalu lama atau memanaskan semula daging dan sayuran boleh memusnahkan Vitamin B, C dan E.
(biasalah masak lama-lama, panaskan yang semalam lagi..)

8. Makanan Diproses (dalam tin)
Pemprosesan makanan yang bertujuan meningkatkan jangkamasa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan nutrien berkurangan atau hilang sama sekali. Sama juga dengan makanan yang diawet dan dikeringkan.
(nak cepat jer kan..)

9. Makanan Segera
Makanan segera yang tinggi kandungan karbohidrat, gula dan garam meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin B bagi memproses makanan tersebut.
(makanan wajib setiap minggu kan?)

10. Antibiotik
Sesetengah antibiotik walaupun berguna bagi menghapuskan kuman yang menyebabkan jangkitan boleh menghapuskan sekali bakteria-bakteria baik dalam perut dan usus.
(....dah Doktor bagi...siap pesan..antibiotik ni kena habiskan tau)

11. Alahan Makanan
Mereka yang alah terhadap gluten atau laktosa boleh mengalami kekurangan sumber nutrisi diet yang penting seperti thiamine, riboflavin dan kalsium


12. Kehilangan Nutrien Tanaman
Sumber makanan daripada tanaman seperti sayuran dan buah-buahan boleh kekurangan nutrien akibat pengurusan tanah yang lemah.


13. Kemalangan dan Penyakit
Luka terbakar menyebabkan kehilangan protein, vitamin dan mineral. Pembedahan pula meningkatkan keperluan terhadap zink, Vitamin E dan nutrien yang terbabit dalam proses pembaikan sel.


14. Tekanan atau Stress
Tekanan fizikal, emosi dan pencemaran boleh meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B2, B5, B6 dan Vitamin C.


15. Sindrom pra haid
Penyelidikan sains telah membuktikan bahawa 60% wanita yang mengalami masalah sindrom pra haid boleh mendapat manfaat dengan pengambilan suplemen Vitamin B6.


16. Remaja
Proses tumbesaran yang pesat dari segi fizikal, emosi dan biokimia sewaktu usia remaja menyebabkan golongan remaja terutama perempuan memerlukan lebih banyak nutrien berbanding orang dewasa.


17. Wanita Hamil
Kehamilan menyebabkan keperluan nutrien lebih banyak bagi memastikan proses tumbesaran yang sihat bagi ibu dan juga bayi.


18. Pil Perancang
Pil perancang boleh mengurangkan penyerapan asid folik dan meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B6, Vitamin C, zink dan juga riboflavin.

19. Warga Emas
Peningkatan usia sering dikaitkan dengan pengambilan vitamin dan mineral khususnya zat besi dan kalsium yang berkurangan.


Sumber: Ensiklopedia Vitamin & Herba 21st Century dari blog




Anda berhak memilih produk yang anda yakini selamat, halal dan berkesan. Saya cuma ingin mencadangkan anda semua memilih produk Shaklee kerana Shaklee adalah pilihan terbaik saya.

Jika anda ingin maklumat lanjut mengenai produk shaklee atau ingin mendapatkan diskaun..sila hubungi saya melalui sms/whatsapp 0179155462.

Terima kasih kerana membaca informasi ini dan sudi berkunjung ke blog saya yang tak seberapa ini.

Saturday, 28 December 2013

Kepentingan Diet Seimbang


Diet yang seimbang sangat penting untuk memelihara kesihatan yang dikurniakan Allah kepada kita. Apabila tubuh badan kita sihat kita akan dapat melaksanakan tugasan, tanggungjawab dan paling penting untuk beribadah kepada Allah. Jika tubuh badan kita tidak sihat, ibadah juga menjadi sukar untuk disempurnakan.

Selain dari itu, diet yang seimbang juga dapat memastikan pertumbuhan yang normal terutamanya kepada bayi dan kanak-kanak. Diet yang tidak seimbang akan menjejaskan perkembangan fizikal dan kecergasan kanak-kanak, sedangkan mereka sepatutnya ceria dan aktif.

Pengambilan diet yang seimbang, yang merangkumi kesemua 7 kelas makanan dapat menghindarkan kita dari penyakit yang berkaitan dengan kekurangan nutrien, juga disebut sebagai malnutrisi. Contoh penyakit yang berkaitan dengan malnutrisi ialah scurvy, beri-beri, goiter, kwashiorkor dan riket.

Akhir sekali, diet seimbang penting untuk memelihara perkembangan mental. Mengambil makanan yang mengandungi bahan perisa, pengawet, dan pewarna tiruan mungkin akan menjejaskan keupayaan minda kita untuk berfungsi. Pemakanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan nyanyuk dikalangan orang dewasa.

Oleh itu, pilihlah makanan yang berkhasiat, yang mengandungi semua nutrien supaya badan kita dapat berfungsi dan kesihatan terpelihara.





Friday, 27 December 2013

MUQADDIMAH

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani....

Kesihatan merupakan satu anugerah yang tidak ternilai kepada setiap insan. Apabila kita sihat, kita dapat melaksanakan semua tugasan dan menjalani rutin hidup dengan gembira. Seorang yang sihat akan sentiasa tersenyum, tidak mudah marah atau melenting dan akan sentiasa tenang. Tubuh badan yang sihat akan mempengaruhi sikap dan perlakuan kita.

Sebagai seorang muslim, adalah menjadi kewajipan pada kita semua untuk mensyukuri nikmat Allah yang sangat hebat ini. Bagaimana kita dapat menunjukkan rasa kesyukuran kita? Sudah tentulah dengan melaksanakan ibadah dan semua tuntutan agama. Sewajarnya kita patut menjaga kesihatan yang dimiliki dengan sebaik mungkin. Banyak perkara yang dapat kita lakukan untuk menjaga amanah Allah ini, di antaranya ialah dengan menjaga pemakanan dan melakukan senaman.


Bercakap soal pemakanan, sudah tentulah persoalan halal dan haram menjadi persoalan pokok. Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mencari sumber makanan yang halal. Bahkan kita juga perlu memakan makanan yang seimbang. Makanan yang seimbang mestilah mengandungi kesemua tujuh kelas makanan, iaitu karbohidrat, lemak, protein, vitamin, mineral, serat dan air.



                        Karbohidrat