MY TITLE

MY TITLE

Sunday, 5 January 2014

KESIHATAN USUS



Bila kita bercakap tentang kesihatan usus, kita akan terfikir tentang masalah penghadaman seperti sembelit, cirit-birit, pedih hulu hati dan senak perut yang lazimnya tidak serius. Namun, tahukah anda masalah-masalah ini MUNGKIN merupakan tanda-tanda penyakit KANSER USUS??



BAGAIMANA MENCEGAH MASALAH BERKAITAN SISTEM PENGHADAMAN

1) Awasi apa yang dimakan

  • Makan dengan teratur / makan pada waktu makan
  • Jangan makan dengan gelojoh - kunyah makanan perlahan-lahan untuk memudahkan penghadaman dan pencernaan makanan
  • Elakkan memakan makanan tinggi lemak setiap hari kerana lemak mengambil masa yang lama untuk dicernakan

2) Tabiat sihat untuk usus

Saranan Pertubuhan Gastroenterologi Sedunia:
  • Amalkan pengambilan hidangan makanan lebih kecil secara lebih kerap seperti 4-5 sajian lebih kecil dan bukannya 2-3 sajian besar, setiap hari. Bagaimanapun, pastikan sajian lebih kecil ini tidak meningkatkan pengambilan kalori anda secara keseluruhan!
  • Makan lebih banyak makanan berserat seperti buah-buahan (pear, epal, betik), sayuran (brokoli, sayuran berdaun hijau, cendawan), kekacang (pea, lentil) dan bijian penuh (roti, bijirin, beras perang).
  • Makan lebih banyak ikan, sekurang-kurangnya 3-5 kali seminggu.
  • Pilih daging kurang berlemak seperti ayam, ayam belanda atau daging lembu tanpa lemak.
  • Kurangkan pengambilan makanan berlemak, berminyak atau makanan goreng.
  • Ambil probiotik seperti susu kultur dengan lebih kerap.
  • Minum sekurang-kurangnya dua liter air setiap hari dan kurangkan minuman yang mengandungi kafein, alkohol dan gula.
  • Aktiviti dan gaya hidup sihat


Bagaimana memastikan sistem penghadaman anda bekerja secara optimum?

  • Kurangkan tekanan – tekanan atau stres berlebihan boleh melencongkan pengaliran darah daripada sistem penghadaman anda. Jika anda mengalami Sindrom Gangguan Usus (SUT), tekanan boleh mencetuskan kekejangan dalam kolon anda.
  • Kekalkan Indeks Jisim Badan (BMI) yang sihat – risiko Penyakit Refluks Gastroesopfagus (GERD) dan kanser adalah lebih tinggi di kalangan individu yang gemuk atau mengalami berat badan berlebihan. 
  • Berhenti merokok – merokok menjejaskan seluruh badan, termasuk sistem penghadman. Merokok juga boleh memburukkan lagi ulser peptik dan keradangan usus, dan turut dikaitkan dengan peningkatan risiko pelbagai penyakit kanser.
  • Hadkan minuman yang mengandungi alkohol, kafein atau gula – semua ini boleh menjejaskan kesihatan sistem penghadaman anda dan menyebabkan masalah seperti pedih hulu hati, sembelit dan memburukkan lagi gangguan seperti SUT. Alkohol boleh menyebabkan keradangan perut atau dinding esofagus dan mencetuskan gejala pedih hulu hati. Kafein pula boleh menyebabkan asid perut mengalir masuk balik ke dalam esofagus (refluks) dan mengakibatkan pedih hulu hati.

Jom kita tengok apa yang SHAKLEE tawarkan untuk anda berkaitan isu ini....

1) Herb-Lax - untuk detox

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.

Mari kita mengenali Herb Lax dengan lebih dekat. Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi:
  • alfalfa leaves
  • senna leaves
  • anise seed
  • blue malva flower
  • buckhorn bark
  • licorice root
  • rhubarb root
  • fennel seed
  • culver’s root.

Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Ia tergolong dalam kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.

Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis.Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.

Kebaikan Herb Lax
  • pembersihan najis yang tersekat
  • meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • membantu masalah sembelit
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • mengempiskan perut
  • ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebaai minuman teh herba.

Siapakah yang perlu amalkan Herb Lax ? 
  • pengamal tegar ubat tahan sakit.
  • mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit 
  • mereka yang banyak jerawat
  • pesakit gout
  • mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak2 dengan suplemen

2) Peppermint-Ginger Plus

Kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur, dan dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains dan terkini.

Secara klinikal produk ini sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.


Manfaat Utama Peppermint-Ginger Plus Shaklee

1. Pudina 
Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit. Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi. Pudina merangsang pengeluaran peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema. Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.

2. Halia
Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun. Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk mencernakan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang). Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita. Penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut. Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat/ mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan/ pengembaraan.

3. Pokok Adas (fennel)
Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. Juga, ia dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

4. Cekur manis (anise)
Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga didalam badan dan lembut pada perut.


Sekian untuk hari ini. Semoga bermanfaat. SMS/Whatsapp 017-9155462 untuk konsultasi percuma.







Saturday, 4 January 2014

Tekanan Darah Rendah

Tekanan darah setiap orang dikawal sistem tersendiri yang membabitkan kawalan utama di otak, jantung, buah pinggang dan rangsangan di dalam salur darah menyebabkan situasi yang stabil membolehkan aliran darah yang berpatutan ke organ dalam badan. Tekanan darah yang normal ialah lebih kurang 90-120 mmHg pada tahap sistolik dan diastoliknya ialah antara 60-80 mmHg.

APA ITU TEKANAN DARAH RENDAH ?

Tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh sehingga setiap organ dari badan tidak dapat aliran darah yg cukup.

TANDA-TANDA ANDA MENGALAMI TEKANAN DARAH RENDAH

*  CEPAT LELAH
* PENING KETIKA MENUKAR POSISI
* MATA BERPINAR
* MUAL
* KULIT BERASA DINGIN, PUCAT
* CEPAT HAUS

ada tak tanda ni kat adik kakak semua ek?...


Bagaimanapun anda perlu mendapatkan pendapat pakar untuk meneliti simptom dengan keseluruhannya, kerana ada juga masalah lain seperti ketumbuhan atau penyakit di otak yang boleh menyebabkan simptom sama.

PENYEBABNYA

  • kekurangan volum darah, iaitu jumlah cecair mengalir dalam saluran darah yang boleh terjadi seperti dalam kes trauma atau perdarahan tidak terkawal ketika pembedahan,
  • dehidrasi yang akan mengurangkan kandungan cecair dalam badan boleh berlaku dalam kes muntah yang teruk, cirit-birit atau demam tinggi. 
  • Masalah jantung seperti kadar jantung yang rendah atau terlalu cepat, otot-otot jantung yang lemah boleh menurunkan tekanan darah.

PRODUK SHAKLEE UNTUK MENSTABILKAN DARAH RENDAH

1) VITA-LEA
Jika diamalkan setiap hari, Vitalea mampu :

•Memberi kesihatan menyeluruh dan membantu mengekalkan kesihatan yang baik.
•Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu dalam badan.
•Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
•Biotin dan Asid pantotenik membantu untuk metabolisme lemak dan karbohidrat dalam badan.
Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.
•Untuk wanita.. ia menggalakkan kesihatan tulang, payudara, imune sistem badan, kesihatan jantung, kesihatan sel peranakan, kesihatan kulit, kuku dan rambut.

2) B COMPLEX
Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B yang Lengkap dan Seimbang

  • B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.*
  • Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu  tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*

3) VITAMIN C

  • vitamin C sangat penting untuk membantu penyerapan zat besi/iron dengan sempurna.
  • sangat tinggi kandungan vitamin c nya
  • tinggi sifat antioksidanya

USAH BIARKAN DIRI DIBELENGGU DERITA..LAKUKAN PERUBAHAN.

SMS/WHATSAPP 0179155462



Tekanan Darah Tinggi / Hipertensi

Apa itu tekanan darah tinggi??

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantungDarah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik.[1]Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.
Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.
Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Apakah puncanya??

Menurut kertas penyelidikan April 2007 yang dihasilkan oleh pakar sains British, penyakit vaskular otak adalah punca tekanan darah tinggi, bukannya penyakit vaskular pada jantung seperti yang dipercayai sebelum ini. Protein yang terdapat pada otak yang dikenali sebagai JAM-1 didapati bertanggungjawab bagi memerangkap sel darah putih yang kemudian menyebabkan keradangan dan menghalang aliran darah, mendorong kepada kekurangan bekalan darah pada otak yang kemudian mengawal tekanan darah dalam badan
(Otak, bukan jantung yang menyebabkan tekanan darah tinggi: penyelidik')

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Darah_tinggi

Siapa yang berisiko??


  • orang dewasa yang berusia pertengahan dan warga tua, tetapi terdapat juga kes zaman sekarang golongan muda juga mengidapnya.
  • pengambilan garam dan lemak yang berlebihan.
  • orang yang mempunyai berat badan berlebihan (obesiti). Tetapi ini tidak bermaksud orang kurus tidak boleh terkena penyakit ini..
  • seorang yang mempunyai kolestrol tinggi dalam darah
  • tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat..contohnya bedal apa saja depan mata..hehe..dan juga malas bersenam
  • mempunyai penyakit buah pinggang
  • mengamalkan pengambilan ubat pencegah hamil secara berpanjangan

Apakah kesan darah tinggi??

  • kegagalan jantung untuk berfungsi
  • serangan sakit jantung
  • kegagalan buah pinggang
  • stroke / angin ahmar
Bagaimana mencegah darah tinggi??

  • amalkan gaya hidup sihat - diet seimbang, selalu bersenam, tidak merokok
  • amalkan pemakanan yang sihat - jauhi alkohol, makanan yang mengandungi lemk, gula dan garam berlebihan, elak minuman berkarbonat dan makanan segera
  • belajar mengawal stress - stress adalah pembunuh dalam senyap
  • melakukan pemeriksaan tekanan darah secara berkala

Bagaimana Shaklee membantu mencegah dan mengawal darah tinggi??

  1. Vivix - mengawal tekanan darah, diformulasi untuk mengimpak 4 mekanisme utama penuaan sekular
  2. Energizing Soy Protein (ESP) - membantu memulihkan tisu dalam badan/ menurunkan tahap kolestrol dalam darah
  3. Vitamin E - difesiensi selenium berkait pada penyakit jantung (tekanan darah tinggi boleh menyebabkan komplikasi jantung)
  4. Lecithin - pengemulsi/pembakar lemak
  5. Garlic - merendahkan/menstabilkan tekanan darah
  6. B Complex - meredakan stress
  7. Ostematrix - kekurangan kalsium berkait dengan tekanan datah tinggi, regulasi jantung
  8. Vitamin C Sustained Release - menghalang pembekuan darah (menghalang stroke)






Friday, 3 January 2014

Sekadar Sebuah Perkongsian....

Dari Ibnu ‘Abbas r.a, Baginda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ :

 شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وَ غِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ 

وَ فَرَاغَكَ قَبْلَ شَغْلِكَ وَ حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ


Manfaatkan lima perkara sebelum datangnya lima perkara :
Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,
Waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu,
Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,
Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,
Hidupmu sebelum datang kematianmu.”


(HR. Al Hakim dalam Al Mustadroknya, dikatakan oleh Adz Dzahabiy dalam At Talkhish berdasarkan syarat Bukhari-Muslim. Hadits ini dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir)

Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu, maksudnya: “Lakukanlah ketaatan ketika dalam kondisi kuat untuk beramal (yaitu di waktu muda), sebelum datang masa tua (lemah).”

Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu, maksudnya: “Beramallah di waktu sihat, sebelum datang waktu yang menghalangi untuk beramal seperti di waktu sakit.”

Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu, maksudnya: “Manfaatkanlah kesempatan (waktu luangmu) di dunia ini sebelum datang waktu sibukmu di akhirat nanti. Dan awal kehidupan akhirat adalah di alam kubur.”

Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu, maksudnya: ”Bersedekahlah dengan kelebihan hartamu sebelum datang bencana yang dapat merosakkan harta tersebut, sehingga akhirnya engkau menjadi fakir di dunia mahupun di akhirat kelak.”


Hidupmu sebelum datang kematianmu, maksudnya: “Lakukanlah sesuatu yang manfaat untuk kehidupan sesudah matimu, kerana siapa pun yang mati, maka akan terputus amalannya.”



Semoga beroleh manafaat dari bingkisan yang tidak seberapa ini. Sesungguhnya waktu yang telah kita lewati telah jauh meninggalkan kita. Kita tidak mengetahui bila kita akan diuji dengan penyakit atau kepapaan...dan yang pasti suatu masa kita akan dijemput pulang ke sisi yang maha Pencipta, pemilik jiwa dan hati kita. Adakah kita sudah bersedia??

Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka...


Semoga Allah mengampuni dosa kita semua...dosa kedua ibubapa kita...guru2 kita....anak-anak kita, saudara-mara kita, jiran2 kita, dan seluruh umat Islam yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia dan sejahtera ke atas penghulu kita Nabi Muhammad (saw). Amin.

Thursday, 2 January 2014

ALFALFA: RAJA SEGALA TUMBUHAN

Apa itu Alfalfa?

Alfalfa ialah sejenis tumbuhan herba yang sangat kaya dengan nutrien dan sudah digunakan sejak sekian lama di negara-negara barat sebagai milk booster dan dijadikan pelbagai ubat.

Mengapa ia digelar Raja Segala Tumbuhan?

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin dan mineral yang berikut:


Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa:

Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu
Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.
Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.

KEISTIMEWAAN / KELEBIHAN ALFALFA SHAKLEE

Istimewanya alfalfa Shaklee, ianya diperbuat dari daun alfafa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA - tanpa menggunakan pestisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik atau bahan kimia. Seperti juga produk-produk Shaklee yang lain, ianya tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet tambahan.




Alfalfa ini bukan saja memberi banyak manfaat kepada wanita, tetapi juga sangat berguna untuk lelaki. 




Harga bagi sebotol besar Alfalfa Complex ialah RM97.50 yang mengandungi 700 biji pil dan boleh tahan selama 6 bulan. Berbaloi-baloi.
Manakala bagi yang baru nak cuba, harga sebotol kecil Alfalfa Complex ialah RM53.75 yang mengandungi 330 biji pil dan boleh tahan sehingga 2 bulan. (Ini kalau seorang je yang makan).

Untuk mendapatkan harga istimewa, sila sms/whatsapp ke 017-9155462. Juga boleh email kepada ummusaffya@gmail.com. 

Facebook account: ummu saffya (sesapa yang berminat boleh add @ terus pm ke inbox saya). 

**TAWARAN UNTUK JANUARI 2014....JAMINAN HARGA TERENDAH YANG ANDA TIDAK AKAN DAPAT NIKMATI DI BULAN-BULAN LAIN.**

Wednesday, 1 January 2014

KOLESTROL



Hari ini kita nak bercerita pasal kolestrol.

Apa itu kolestrol?


Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah Manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.
Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil “chylomicron”.
Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan “chylomicron” daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.
Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

Ciri-Ciri Kolestrol Tinggi

Kolestrol Tinggi dalam darah  adalah salah satu penyakit yang merbahaya yang boleh membawa kepada strok, tekanan darah tinggi, serangan sakit jantung, koma dan boleh membawa maut. Mari kita lihat apa ciri-ciri atau tanda seseorang itu menghidap kolestrol tinggi.


1) Rasa berat di tengkuk hingga rasa sengal di bahuSebahagian besar orang merasakan berat di kepala dan sakit-sakit sebagai gejala awal. Gejala ini muncul sebagai akibat kurangnya oksigen.

2) Cepat MengantukTerutama bila kadarnya sudah tinggi sekali, misal trigliserida yang normalnya dibawah 200 mg atau 150 mg, ada yang sampai 600 atau 700 mg itu biasanya akan mengantuk. Hal ini biasanya terjadi kerana kurangnya pengaliran oksigen ke otak akibat pembuluh darah yang menyempit kerana adanya timbunan lemak akibat kolestrol.

3) Kesemutan
Kadang-kadang kesemutan juga boleh terjadi kerana darahnya agak pekat. Kadar kolestrol yang tinggi dapat menyebabkan aliran darah menjadi pekat sehingga oksigen menjadi kurang.

4) Timbunan lemak di atas kelopak mataSecara klinikal ada beberapa hal yang boleh dijadikan petunjuk awal seseorang memiliki kolestrol tinggi, aitu adanya timbunan lemak di atas kelopak mata. Biasanya timbunan ini mengandungi kadar trigliserida (molekul asam lemak) yang tinggi.

5) Mudah Letih
Ketika plak terbentuk di dinding arteri, boleh menyebabkan keadaan seperti atherosclerosis, penyakit jantung koroner (PJK) dan penyakit mikrovaskuler koroner atau coronary microvascular disease (CMD). Keadaan seperti inilah yang menyebabkan badan terasa mudah letih.

6) Sering Sakit Kepala
Ini kerana kolestrol yang tinggi dalam darah menyebabkan terjadinya penimbunan plak-plak di pembuluh darah arteri sehingga menyebabkan terjadinya artherosclerosis. Keadaan ini membuat arteri akan menyempit dan membuat aliran darah ke kepala dan otak berkurang, sehingga menyebabkan rasa sakit di kepala.

7) Kaki Bengkak
Kaki merupakan organ tubuh yang paling jauh dari jantung. Ketika pembuluh darah menyempit dan pengaliran oksigen berkurang, maka tentu saja yang paling sedikit mendapatkan darah adalah kaki. Hal ini akhirnya menyebabkan kaki terlihat membengkak. Keadaan ini hampir sama dengan ketika anda terlalu lama duduk ketika perjalanan jarak jauh, terutama di kelas ekonomi.

Makanan yang boleh mengurangkan kolestrol


1. Kacang Soya
- mengandungi 48 peratus protein, lesitin, vitamin dan zat galian
- mampu menghindari penyakit jantung dan kencing manis
- kandungan kalsium dan mineral membantu memecah lemak sambil menyusutkan kadar lemak jahat atau lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik atau lipoprotein ketumpatan tinggi 
2. Kuaci
- kaya dengan kandungan zat besi
- amalkan makan kuaci jenis tawar seperti biji labu atau bunga matahari untuk menamba zat besi sambil mengurangkan kolesterol
3. Buah kering
- buah kurma kaya dengan serat dan kandungan flavanoid
- mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung
- flavanoid juga terdapat dalam teh, brokoli, tomato, bawang dan buah delima
4. Epal
- makan sebiji epal atau jusnya setiap hari dapat mengurangkan kolesterol dalam badan
- memakan makanan segera dan kemudiannya makan epal atau jusnya dapat mengimbangi kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak
5. Ikan Tuna
- sumber asid omega-3 selain salmon dan sardin
- melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolesterol LDL
 6. Kacang tanah
- kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya vitamin E
- Vitamin E dapat membantu  menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL dan dapat mengelak daripada serangan jantung
7. Buah Mangga
- kaya vitamin C
- vitamin C berupaya mencegah LDL dalam badan
- selain buah mangga buah lain ialah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi
8. Kismis
- mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolesterol
- amalan diet 400 kalori kismis setiap hari boleh menrunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak 8 peratus
9. Jambu batu
- disyorkan makan buah jambu batu dalam jumlah 400 gram atau sebiji sehari selama empat minggu
- dapat menurunkan paras kolesterol sebanyak 18.8 peratus dan baik untuk wanita yang ingin menurunkan berat badan

Di Shaklee, kami menawarkan suplimen berikut untuk mengawal kandungan kolestrol dalam darah;

Pastikan anda menghubungi saya melalui sms/ whatsapp ke 0179155462 untuk mendapatkan diskaun bagi setiap produk yang berikut. Pilihlah produk mengikut kemampuan anda.