MY TITLE

MY TITLE

Friday, 31 January 2014

Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

Apakah SLE?

Systemic Lupus Erythematosus, lebih dikenali sebagai SLE, adalah sejenis penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protein darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Ia boleh menyerang mana-mana bahagian tubuh termasuklah kulit, sendi-sendi, buah pinggang, otak, dan organ-organ lain. Punca penyakit SLE adalah tidak diketahui.

Siapa yang berisiko?

  • Wanita lebih berisiko tinggi berbanding lelaki (90% penghidap SLE adalah wanita)
  • Tidak mengira usia tetapi paling kerap dilingkungan umur 15 - 50 tahun
  • Bangsa Afrika-Amerika dan Asia paling ramai menghidap SLE berbanding bangsa lain (Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang disahkan menghidap SLE within 30 years)

Gejala SLE
  • Sakit sendi dan bengkak - sendi jari, sendi tangan, pergelangan tangan, siku, bahu, sendi lutut
  • Sakit dada apabila menarik nafas dalam-dalam
  • Keletihan yang melampau
  • Demam tiba-tiba tanpa sebab
  • Ketidakselesaan, kegelisahan, rasa macam nak demam
  • Keguguran rambut
  • Ulser mulut
  • Alahan terhadap cahaya matahari
  • Ruam pada kulit (butterfly rash)
  • Bengkak Limfa Nod
Terdapat juga simptom lain SLE yang bergantung kepada bahagian yang dijangkiti:

  • Otak dan sistem saraf : sakit kepala, pekak, berdengung, masalah penglihatan, perubahan personaliti
  • Masalah penghadaman : sakit perut, loya, muntah
  • Jantung : degupan yang luar biasa
  • Paru-paru : batuk berdarah dan sukar bernafas
  • Kulit : Warna kulit bertompok, jari yang berubah warna bila sejuk
Komplikasi SLE
  • Kegagalan ginjal
  • Gumpalan darah pada kaki atau paru-paru
  • Kerosakan pada sel darah merah
  • Radang pada jantung
  • Kerosakan pada tisu paru-paru
  • Komplikasi semasa hamil seperti keguguran
  • Menyebabkan strok
  • Mengurangkan bilangan platelet darah
  • Keradangan pada salur darah

Cadangan Vitamin Shaklee bagi Pesakit SLE
  • Vivix : Mengimpak 4 mekanisme utama penuaan selular
  • B-Complex : Memelihara kesihatan kulit, membran mukosa, darah, saraf dan sendi
  • Vita-C SR : Membantu fungsi imun, melindungi kulit, organ dan mempertingkatkan pemulihan
  • Vita E Complex : Untuk masalah kulit dan sendi
  • Omega Guard : Mengurangkan inflamasi sendi, ginjal dan organ-organ lain
  • Collagen Powder : Menggalakkan kulit sihat
  • GLA Complex : Menggalakkan kulit sihat
  • E Soy Protein : Penting untuk formasi kulit dan aktiviti sel darah putih
  • Nutriferon : Mempertingkatkan sistem imun
  • Ostematrix : Untuk imbangan pH dan mengelakkan kepupusan tulang
  • CarotoMax : Membantu fungsi imun
  • Garlic : Anti inflamasi & agen antiviral
  • Herb-Lax : Membersihkan usus dan detoks

Set Bajet untuk SLE











Thursday, 30 January 2014

Selepas 2 bulan menyertai Shaklee



Dua bulan selepas menyertai keluarga besar Shaklee....

Alhamdulillah...walaupun tak mendapat bonus yang besar seperti sahabat-sahabat yang lain, tapi saya tetap bersyukur kerana dengan menjadi ahli Shaklee, saya bukan saja dapat membeli produk yang ternyata sesuai dengan saya pada 20% off, malah dapat juga membantu adik-beradik, rakan-rakan dan jiran-jiran untuk mendapat diskaun.

Paling bermakna buat saya ialah ilmu tentang dunia vitamin yang saya tak pernah ambil kisah sebelum ini, ilmu tentang penyakit-penyakit dan dunia perubatan yang selama ini banyak saya abaikan..maklumla tak kena pada diri sendiri. 

Semakin hari, semakin banyak yang dipelajari, semakin bertambah ilmu. Selama hampir tiga tahun menjadi surirumah dan ibu sepenuh masa, tahun ini saya rasakan banyak input yang masuk dalam kepala...bagus sangat untuk menajamkan semula otak...sel-sel otak dah mula berhubung!! hehe..macam kanak-kanak pulak.

Memang saya tidak menyesal menyertai Shaklee... Alhamdulillah...syukur sangat-sangat dipertemukan dengan produk Shaklee...serasi sangat!! Dan yang lebih penting, ianya 100% semulajadi, berkesan dan tiada kesan sampingan bersesuaian dengan temanya...Always Safe, Always Works, Always Green.


Perkara yang paling basic..yang paling MUSTAHAK sebagai Muslim... ini yang kita nak tengok kan?? Memastikan semua vitamin yang kita ambik adalah Halalan Toyyiba..



Hidup ini terlalu singkat untuk diisi dengan perkara yang sia-sia. Semoga kesihatan yang dikurniakan kepada kita dipelihara untuk memudahkan kita beribadah kepada Yang Maha Esa. Apabila kita sihat, cergas...menunaikan ibadah menjadi lebih mudah..In Sya Allah... semoga Allah menerima segala ibadah kita. Amin.


Rezeki milik Allah. Sebagai hamba Nya, wajib untuk kita berusaha, berikhtiar dan berdoa...
Kepada yang berminat untuk sama-sama menyebarkan ilmu, kebaikan di samping menjana pendapatan ... hubungi saya di 017-9155462 atau e-mail ummusaffya@gmail.com.

Atau anda boleh PM saya kat facebook   saidati ummi safya  ataupun ummu saffya  

Tuesday, 28 January 2014

VITAMIN UNTUK MEMBANTU IBU YANG TIDAK MAMPU MENYUSU

Susu ibu sangat penting dalam proses tumbesaran bayi. Ia membekalkan antibodi yang mampu melindungi bayi dari pelbagai penyakit yang berkaitan dengan imuniti. Sehingga ke hari ini, belum ada susu formula yang mampu menandingi khasiat susu ibu.

Susu ibu merupakan makanan pertama bayi dalam bentuk cecair yang mempunyai nilai gizi yang sempurna berbanding susu formula dan ia mudah dicernakan. Antara kebaikan susu ibu ialah:

  • Mengurangkan risiko Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS)
  • Meningkatkan tahap kepintaran dan kecerdikan
  • Mengurangkan risiko jangkitan penyakit berkait sistem imuniti seperti demam dan selsema
  • Mengurangkan risiko penyakit leukimia, diabetes, asma dan ekzema
  • Mengurangkan penyakit kulit, masalah gigi dan gusi
  • Mengurangkan risiko obesiti pada kanak-kanak
  • Melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan bayi dan kanak-kanak
  • Mengelakkan masalah kekuningan (jaundice)
  • Mengurangkan risiko kecacatan dan keilatan bayi

Bukan itu sahaja, ibu menyusu itu sendiri turut mendapat faedah, antaranya:
  • Membantu ibu mengekalkan saiz dan struktur rahim seperti sebelum hamil
  • Membantu mengurangkan pendarahan post-partum
  • Membantu menurunkan berat badan ibu
  • Mengurangkan risiko kanser payudara

Bagi membantu ibu-ibu diluar sana, yang menghadapi pelbagai masalah penyusuan, seperti kekeringan, atau kuantiti susu yang sedikit...bolehlah mencuba Vitamin Shaklee ini...






Hubungi 017-9155462 untuk konsultasi percuma.

Monday, 27 January 2014

KELAHIRAN YANG DITUNGGU-TUNGGU

Selepas melalui tempoh 40 minggu kehamilan...tibalah saat melahirkan. Persiapan untuk menyambut ahli baru dalam famili disediakan seawal mungkin. Pakaiannya yang bermula dari baju, seluar, lampin, sarung tangan, sarung kaki, semuanyalah. Even toiletaries pun kita belikan semua yang baru-baru. Maklumlah nak menyambut orang baru...tanpa sebarang kekurangan.

Bagaimana pula dengan persiapan berpantang?? Ahha...anda masih mengamalkan berpantang cara tradisional? Baguslah kalau begitu. Tempoh berpantang ni kena jaga betul-betul..maklumla badan nak pakai lama kn?

Sebagai ibu berkerjaya dan moden, rasanya kita boleh mengambil alternatif baru..mencuba berpantang gaya moden.

Set bersalin dan berpantang Shaklee...TAK PERLU LAGI BERSUSAH PAYAH...BERPANTANG LEBIH MUDAH DENGAN SHAKLEE



Set tambahan bagi yang memerlukan dan berkemampuan...



KEHAMILAN YANG MENGUJAKAN

Ramai yang teruja bila diberitakan hamil... si suami pun tersenyum bangga. Kalau boleh nak palu gong isytihar 1 kampung. Lebih-lebih lagi anak yang pertama....kan?

Bagi pasangan yang sudah bertahun-tahun menunggu...rasa macam nak buat kenduri kesyukuran...haha...pengalaman nih!!


Bila dah hamil ni, fasa pertama asyik letih, lesu, takde selera makan, kepala asyik pening, loya...macam-macam lagilah simptom morning sickness. Siap ada yang pitam..masuk wad lagi. Dan sudah tentunya kita juga mahukan yang terbaik untuk baby sejak dalam kandungan lagi..kan?

Macamana nak atasi morning sickness?? Haaaa...cubalah vitamin Shaklee...anda pasti berpuas hati. Anda akan dapat merasakan perbezaannya...tiada lagi rasa pening, loya, muntah-muntah...pregnant pun boleh aktif dan cergas macam biasa. Boleh buat kerja macam biasa...barulah bos sayang!!


 SET KEHAMILAN SHAKLEE

Trimester 1 

  1. Vita-Lea
    • Membekalkan pelbagai vitamin dan mineral
    • Mengandungi asid folik yang sangat penting untuk menguatkan rahim
    • Membekalkan zat besi untuk penghasilan darah yang cukup, untuk mengelakkan anemia (penyakit kekurangan sel darah merah pada ibu mahupun janin)
    • Membantu menstabilkan Hb. Bacaan Hb yang rendah boleh membawa kepada kematian janin
  2. B-Complex
    • Mengandungi asid folik yang penting untuk mengurangkan risiko kecacatan pada bayi
    • Berfungsi untuk menukarkan makanan kepada tenaga dan membebaskan tenaga
    • Mengurangkan kelesuan dan keletihan
    • Membantu mengawal tekanan & depresi - depresi semasa hamil boleh menjejaskan bayi dan boleh berlarutan sehingga selepas bersalin dan mengakibatkan meroyan
    • Mengelakkan pigmentasi pada kulit
    • Membantu melembapkan kulit
  3. ESP
    • Membekalkan protein untuk membina sel, tisu, enzim dan otot si ibu dan juga bayi
    • Membantu mengawal berat badan semasa hamil
    • Membantu menyerap zat makanan
    • Membantu penghasilan susu badan
    • Mengurangkan risiko kecacatan pada bayi
  4. VITA-C
    • Membekalkan keperluan vitamin C harian tubuh
    • Berfungsi sebagai antioksidan pencegah kanser
    • Pengambilan dos yg tinggi sebelum bersalin boleh mengurangkan 50% kesakitan semasa bersalin
  5. OSTEMATRIX
    • Melegakan sakit belakang
    • Mencegah osteoporosis
    • Membantu pembentukan tulang dan sel bayi
    • Menstabilkan denyutan jantung
    • Mengelakkan sembelit
Trimester 2 & 3
  1. Vita-Lea
  2. B-Complex
  3. Omega Guard
    • Kaya dengan DHA yg membantu perkembangan otak janin
    • Membantu mengawal tekanan paada ibu
    • Memecahkan lemak pd ibu
  4. Vita-C
  5. Ostematrix
  6. ESP

Sebagai seorang Muslimah, selain mengamalkan vitamin di atas untuk kesejahteraan ibu dan bayi semasa kehamilan, adalah dianjurkan untuk mengamalkan surah-surah yang berikut ini semasa hamil.


  1. Surah Al-Fathihah : untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
  2. Surah Yusuf : Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak serta tidak cacat
  3. Surah Yaa Sin : Supaya terang hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
  4. Surah Luqman : Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan celik jiwa (anak yang soleh)
  5. Surah Maryam : Umtuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
  6. Surah at-Taubah : Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat
  7. Surah al-Hujurat : Untuk memperbanyakkan susu ibudan anak bersifat berhati-hati
  8. Surah an-Nahlu ayat 78 : Untuk melahirkan anak yang berdisiplin







Semoga bermanfaat. Sekian.

Untuk mendapatkan konsultasi percuma...hubungi 017-9155462 (SAIDATI UMMU SAFFYA)



Friday, 24 January 2014

ATASI MASALAH RESDUNG / ELERGI HIDUNG


Resdung atau nama saintifiknya 'Sinusitis' bukanlah perkara yang asing... Ini adalah kerana setiap orang mempunyai resdung, cuma yang membezakannya adalah tahap resdung itu sendiri. Ada orang resdungnya ringan-ringan saja dan ada orang pula menghidapi resdung kronik.

Jom kita revise ckit tentang resdung ini....

APA ITU RESDUNG?


Resdung ialah keradangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman seperti streptococcuc dan staphylococcus. Kedua-dua kuman ini memang hidup di dalam rongga sinus namun ia tidak mendatangkan apa-apa kesan dalam keadaan normal. Sebaliknya, jika terdedah kepada bahan-bahan elergi, ia akan mencetuskan resdung.

GEJALA RESDUNG
                                      
- Hidung selalu tersumbat                                
- Lendir dari hidung dan tekak
- Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
- Rasa senak di atas kelopak mata
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
- Kerap sakit kepala / migrain
- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
- Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya


KOMPLIKASI RESDUNG

- Menyebabkan migrain
- Jangkitan di sekeliling mata
- Jangkitan otak
- Jangkitan pada tulang muka
- Sakit tekak yang kronik / perubahan suara
- Memburukkan lelah pada pesakit asma
- Jangkitan pada telinga dan tonsil
- Alahan hidung
- Selsema biasa yang melarat
- Berdengkur yang kronik
- Pada tahap serius, ia boleh membawa maut


PUNCA TERJADINYA RESDUNG

  • Radang pada hidung akibat terdedah kepada bahan alergi seperti habuk, debu, kulapuk, hama, debunga dan bulu haiwan.
  • Ketumbuhan atau polip pada hidung yang menyebabkan sinus bertakung dan menjadi punca bakteria membiak
  • Jangkitan pada gigi geraham atas apabila akar gigi tidak dapat dikeluarkan semasa mencabut gigi.
  • Genetik- resdung tidak diwarisi tetapi alahan hidung yang menyebabkan resdung boleh diwarisi dari ibu bapa

JENIS RESDUNG DAN CIRI-CIRINYA

1) RESDUNG AKUT
  • Berlaku dalam tempoh 2 minggu 
  • Ia bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang 
  • Ciri-cirinya ialah hidung berair, tersumbat dan rasa sakit di muka dan bahagian kepala depan terutama di dahi dan pipi yang biasanya berlaku pada waktu pagi dan berkurangan apabila petang. Rasa sakit sangat ketara ketika tunduk dan sujud.
2) RESDUNG KRONIK
  • Serangan resdung akut yang berulang
  • Ciri-ciri:
    • Gatal yang teruk pada muka
    • Jerawat yang banyak
    • Kerap bersin terutamanya waktu pagi
    • Hidung tersumbat dengan lebih kerap
    • Hingus bertambah walaupun tidak demam
    • Selalu sakit kepala
    • Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk

 PETUA TRADISIONAL UNTUK ATASI RESDUNG


  • Ambil 3 biji bawang merah dan hiris halus
  • Ambil 2 helai daun sirih dan secubit biji sawi
  • Masukkan ketiga-tiga bahan ke dalam mangkuk
  • Tuangkan air yang mendidih ke dalam mangkuk tadi
  • Wapkan ke muka
  • Amalkan 2-3 kali seminggu

VITAMIN UNTUK MELEGAKAN RESDUNG




                            

Thursday, 23 January 2014

DIABETES MELLITUS (PENYAKIT KENCING MANIS)

DEFINISI

Penyakit Kencing Manis, atau nama medikalnya Diabetes Mellitus, merupakan sejenis penyakit yang dikaitkan dengan metabolisme, di mana pesakit mempunyai glukosa yang tinggi dalam darah yang berpunca dari penghasilan insulin yang terlalu rendah, atau sel-sel badan tidak bertindak balas dengan insulin, atau mungkin kedua-duanya. Tanda-tanda awal penyakit ini ialah pesakit akan mengalami kencing yang kerap, selalu dahaga dan mudah lapar.


JENIS-JENIS DIABETES
  1. Type 1 Diabetes - juga dikenali sebagai diabetes bersandarkan insulin (IDDM- Insulin Dependent Diabetes Mellitus). Ia berlaku akibat kegagalan kelenjar pankreas untuk menghasilkan insulin, jadi pesakit perlu mendapatkan suntikan insulin dari luar untuk mengawal glukosa darah.
  2. Type 2 Diabetes - disebabkan oleh sel-sel badan tidak bertindak balas dengan insulin atau kuantiti insulin dalam badan berkurangan. Ia boleh dikawal melalui pemakanan, pengurangan berat badan, senaman, dan juga pengambilan ubat-ubatan. Suntikan insulin hanya diperlukan dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja.
  3. Gestational Diabetes - terjadi kepada wanita yang didapati mempunyai glukosa yang tinggi dalam darah sewaktu hamil.

KOMPLIKASI DIABETES
  1. Komplikasi mata - glaukoma, katarak, masalah retina (diabetic retinopathy)
  2. Komplikasi kaki - neuropathy, ulser, amputasi pada kaki
  3. Komplikasi kulit - mudah mendapat infeksi pada kulit dan radang kulit
  4. Masalah Jantung - kegagalan jantung akibat kekurangan bekalan darah dari ginjal
  5. Hipertension - kegagalan ginjal juga boleh menyebabkan strok
  6. Kesihatan Mental - diabetes yang tidak terkawal meningkatkan risiko depresi, kemurungan, tekanan
  7. Masalah Pendengaran - pesakit diabetes berisiko tinggi untuk hilang pendengaran
  8. Penyakit Gusi - seperti skurvi dan gusi berdarah
  9. Gastropresis - otot-otot perut tidak berfungsi secara normal
  10. Ketoacidosis - pengumpulan ketosis dan asid dalam darah
  11. Neuropathy - kerosakan saraf yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit lain
  12. HHNS (Hyperosmolar Hyperglycemic Nonketotic Syndrome) - tahap glukosa terlalu tinggi (peringkat kecemasan)
  13. Nephropathy - tekanan darah yang tidak menentu merosakkan ginjal
  14. PAD (Peripheral Arterial Disease) - antara gejalanya ialah sakit yang melampau pada kaki sehingga tidak boleh berjalan
  15. Masalah Ereksi - kegagalan fungsi ereksi pada lelaki
  16. Jangkitan - mudah terkena jangkitan kuman dan bakteria terutamanya pada luka atau kudis
  17. Masalah penyembuhan luka - mengambil masa yang panjang untuk sembuh dan adakalanya menjadi lebih buruk 

Sehingga ke hari ini, penyakit kencing manis belum mempunyai penawar dan pesakit akan menanggungnya sehingga ke akhir hayat. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa cara untuk mengawalnya dari menjadi lebih teruk...antaranya:
  • mengurangkan pengambilan makanan karbohidrat sederhana seperti mee, nasi
  • elakkan minuman berkarbonat dan minuman berperisa
  • elakkan makanan dan kuih-muih yang manis
  • lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran
  • mengamalkan senaman
  • mengambil ubat-ubatan yang sepatutnya
  • mengurangkan berat badan (bagi yang obese)
  • elakkan makanan yang tinggi lemak, gula dan garam

VITAMIN SHAKLEE UNTUK PESAKIT KENCING MANIS 



Vitamin untuk semua penyakit kronik...termasuklah Diabetes ini...



For Free Consultation: Email- ummusaffya@gmail.com

Whatsapp or sms to 017-9155462

GOUT : SIMPTOM DAN PERAWATAN

APA ITU GOUT?

Bila sebut gout, pasti terbayang dimata kita sendi-sendi tangan dan kaki yang kemerahan dan membengkak.

Gout sebenarnya adalah sejenis penyakit sendi yang berpunca daripada pembentukan kristal asid urik di dalam cecair sendi ekoran daripada kandungan asid urik yang tinggi di dalam darah. Ini adalah disebabkan kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkan asid urik yang berlebihan.


Pesakit akan merasa sakit yang ketara, terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah akibat dari keradangan. Jika dibiarkan, ia akan merebak ke sendi-sendi lain serta menyebabkan hakisan pada permukaan dalaman sendi dan tumbuhnya tophi gout yang keras pada permukaan kulit.


GEJALA GOUT
  • Sendi sakit tiba-tiba
  • Sendi membengkak
  • Seakan-akan berasa panas
  • Sendi kemerahan
  • Sakit apabila disentuh
  • Diikuti dengan demam
  • Bonjolan terbentuk di sendi dan cuping telinga
  • Biasanya ia cuma menyerang 1 sendi
  • Sendi yang paling kerap diserang gout ialah dekat ibu jari kaki
  • Sendi lain yang berisiko ialah buku lali, kaki, lutut, siku, pergelangan tangan, sendi jari dan bahu
  • Gout yang teruk boleh menyerang lebih dari 1 sendi pada waktu yang sama
  • Tumbuhnya tophi - nodul keras pada permukaan kulit (awas: adanya tophi bermaksud asid urik terlalu tinggi dan perlu diberi rawatan segera)
  • Terbentuknya batu karang


KOMPLIKASI GOUT

  • Masalah batu karang - kerana ginjal tidak mampu menyingkirkan lebihan asid urik yang akhirnya membentuk batu karang
  • Risiko sakit jantung - kandungan asid urik yang tinggi dalam darah mengundang masalah kepada jantung

FAKTOR PENYUMBANG GOUT
  • Tabiat pemakanan - banyak mengambil makanan yang tinggi asid urik seperti daging merah, makanan laut, fast food, MSG
  • Obesiti - berat badan berlebihan juga boleh menyebabkan gout, kerana obesiti merosakkan fungsi buah pinggang
  • Ubat-ubatan - pengambilan aspirin, diuretik yang menggalakkan pengumpulan asid urik
  • Penyakit buah pinggang dan hati -berisiko tinggi menghidap gout kerana organ ini tidak dapat berfungsi sepenuhnya
  • Kecedaraan akibat kemalangan atau pembedahan juga boleh menyebabkan gout
  • Dehidrasi - kekurangan cecair  bendalir dalam badan
  • Merokok - meningkatkan kandungan asid urik dalam badan



VITAMIN UNTUK MENGATASI GOUT




PESAKIT GOUT PERLU ELAKKAN...

  • sea food...especially udang, sotong, kerang, ketam, dan juga ikan
  • Sayur-sayuran berlendir seperti kobis, asparagus, tauge
  • organ dalaman seperti hati, paru, limpa
  • daging merah
  • pulut
  • durian
  • cendawan

# Kita usaha, Allah yang tentukan. 


Wednesday, 22 January 2014

MASALAH KESUBURAN LELAKI

Kali ini kita nak sentuh isu sensitif kaum Adam... hakikatnya, ramai lelai di luar sana yang 'ego' yang tidak mahu mengakui mereka mengalami masalah ini. Malah ada yang enggan berjumpa doktor pakar dan menuding jari pada isteri semata-mata. Padahal masalah kesuburan boleh terjadi kepada lelaki juga.

Mohon maaf yer kaum Adam...diharap meluangkan sedikit masa untuk sama-sama meneliti isu ini...

Perlu diketahui masalah kesuburan boleh berlaku pada isteri, pada suami atau mungkin juga kedua-duanya. Sila merujuk pada pakar untuk mendapatkan pemeriksaan kesuburan supaya lebih jelas. Kerjasama kedua-dua belah pihak amat penting. Tuding-menuding tidak dapat menyelesaikan masalah.

PUNCA KETIDAKSUBURAN LELAKI

1) Sperma yang tidak normal
     - keadaan ini mungkin terjadi kerana
  • radang pada testis
  • masalah salur darah pada testis
  • testis tidak membentuk dengan normal
  • testis yang tidak turun (undescended testicles)
2) Kuantiti sperma yang terlalu sedikit atau tiada langsung
    - disebabkan oleh beberapa perkara seperti
  • unsur genetik yang abnormal
  • masalah hormon
  • salur testis tersumbat (jangkitan kuman)
  • terdedah kepada bahan kimia berbahaya
  • terdedah kepada radiasi yang berlebihan
  • memakai seluar dalam yang terlalu ketat
  • memakai seluar dalam terlalu lama
  • mengambil alcohol
  • merokok
  • mengambil dadah
3) Masalah ejakulasi
  • ejakulasi pra-matang
  • ejakulasi terbalik
  • masalah ereksi
  • komplikasi  dari surgery @ radiasi

RAWATAN MODEN / KAEDAH SAINTIFIK

1) UJIAN ANALISA AIR MANI
  • untuk memeriksa kuantiti, kelikatan, pH dan kandungan frukrosa

2) UJIAN DARAH
  • untuk melihat tanda jangkitan dan masalah hormone
** Untuk detail, sila rujuk doktor pakar


RAWATAN KESUBURAN LELAKI DENGAN SHAKLEE

 
 
Berikut ialah cadangan produk untuk mengatasi masalah kesuburan lelaki:
  • Vitamin E - merupakan antioksidan yang sangat kuat untuk membersihkan radikal bebas yang merosakkan sel. Sangat penting untuk melindungi sperma
  • Zinc Complex - menyokong pertumbuhan organ dan sel reproduktif serta berupaya meningkatkan penghasilan testosterone. Secara tidak langsung ia meningkatkan bilangan sperma
  • CoQHealth - meningkatkan bilangan sperma normal dan menyokong pergerakan sperma serta mengurangkan kuantiti sperma abnormal/ cacat
 
Produk lain yang boleh dipilih;
  • Vitamin C - memanjangkan jangka hayat sperma serta menghalang sperma dari bergumpal
  • ESP - memanjangkan jangka hayat sperma dan meninggikan kuantiti sperma
  • Vita Lea - Mengimbangi nutrient yang membantu penghasilan sperma
  • B Complex - Anti stress dan memelihara kesihatan system reproduktif
 
Untuk konsultasi percuma, hubungi Ummu Saffya 017-9155462 (sms/whatsapp)
facebook Ummu Saffya / Saidati Ummi Saffya
FB Page kesihatan adalah anugerah Allah
 
HARGA SANGAT ISTIMEWA...HARGA ADIK BERDIK JER U ALL...

Berfikirlah secara optimis. Berusaha...berdoa...dan berserahlah pada Allah. In sya Allah pasti akan dipermudahkan. Usaha pasti tidak akan sia-sia, doa pasti akan termakbul...cepat atau lambat biar Allah yang tentukan...kerana perancangan Allah adalah yang terbaik untuk hamba Nya, mengatasi segala perancangan kita.
 
 
Semoga beroleh kejayaan jua...kerana buah kesabaran adalah manis di akhirnya...
 
Selamat mencuba!!!


MASALAH KESUBURAN WANITA

Entri kali ni nak cerita pasal masalah kesuburan wanita atau masalah sukar untuk hamil. 

Tidak dinafikan dalam setiap perkahwinan pastinya pasangan suami isteri inginkan kehadiran cahayamata, sebagai penyeri dalam rumahtangga dan penghibur duka lara. Bak kata orang-orang lama, rumah yang ada bayi atau kanak-kanak akan sejuk, aman..dengan izin Allah.

Namun bukan semua orang bertuah. Ada yang sudah bertahun-tahun kahwin tetapi masih belum dikurniakan zuriat. Malah ada yang sampai ke tahap bercerai-berai disebabkan masalah ini. Suami pun ramai yang membuat alasan inginkan anak untuk curang atau memadukan isteri mereka.

Jom kita bincangkan masalah ini.

APA ITU KETIDAKSUBURAN?


Apabila pasangan suami isteri gagal untuk hamil walaupun usia perkahwinan telahpun mencecah dua tahun atau lebih. Ada juga yang hamil, tetapi sering pula keguguran.


FAKTOR PENYUMBANG KEPADA MASALAH KETIDAKSUBURAN
  • Gangguan ovulasi - ovari tidak dapat mengeluarkan ovum, mungkin disebabkan oleh hormon yang tidak seimbang atau masalah lebihan berat badan
  • Gangguan pada tiub falapio - kerosakan tiub falapio menghalang persenyawaan ovum oleh sperma. Ini mungkin disebabkan oleh radang tiub falapio, kehadiran parut pembedahan, kesan kehamilan luar rahim, ataupun tumbuhnya sel-sel asing dalam tiub falapio (endometriosis)
  • Endometriosis - sel-sel yang biasanya tumbuh dalam uterus merebak ke luar uterus termasuklah tiub falapio, ovari atau pundi kencing yang menyebabkan ketidaksuburan dan mengganggu kitaran haid.
  • Fibroid - ketumbuhan dalam rahim, tapi ia bukan kanser. Ia boleh mengganggu kitaran haid dan menyebabkan ketidaksuburan
  • Cyst - ketumbuhan dalam sistem peranakan wanita dimana wujudnya kantung berisi air
  • PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome) - keadaan dimana ovari membengkak disebabkan benih-benih tidak dapat menetas pada waktu subur
  • Kelainan lendir leher rahim - lendir yang terlalu pekat akan menyekat pergerakan sperma, manakala lendir yang terlalu berasid boleh membunuh sperma
  • Berat badan yang tidak seimbang - terlalu kurus atau terlalu gemuk menyukarkan kehamilan
  • Faktor usia - Semakin bertambah usia, tahap kesuburan kian menurun
  • Tekanan - stress boleh menganggu ovulasi dan boleh menjejaskan keintiman suami isteri
  • Pemakanan - pilihlah makanan yang menyokong kesuburan dan elakkan makanan segera serta asam dan jeruk
  • Merokok - nikotin memberi kesan pada kematangan ovum dan tar boleh mengubah kepekatan lendir pada leher rahim dan berupaya membunuh sperma
  • Mengambil alkohol - menyebabkan disfungsi ovulasi 
  • Menghidap penyakit kelamin - kehadiran fungal dan bakteria yang boleh membunuh atau melemahkan sperma
  • Gaya hidup yang terlalu lasak - terlalu aktif dan lasak boleh memberi kesan pada ovari dan uterus

PANTANG LARANG UNTUK ANDA YANG SEDANG CUBA UNTUK HAMIL
  • Elakkan minuman sejuk ketika haid
  • Elakkan dari makan ubi kayu semasa period
  • Elakkan makanan segera (termasuk fast food dan all instants)
  • Elakkan makanan yang tajam seperti asam dan jeruk
  • Elakkan makanan proses seperti daging burger, fries
  • Elakkan minum air kelapa dan air tebu ketika haid
  • Cuba elakkan stress

SHAKLEE MEMBANTU MENINGKATKAN KESUBURAN WANITA MELALUI;
  • GLA Complex - membantu meningkatkan tahap keseimbangan hormon wanita
  • B Complex - untuk menyihatkan sistem reproduktif dan sangat penting untuk pertumbuhan janin apabila hamil
  • Omega Guard - Asid lemak yang diperlukan untuk membantu ovulasi dan menggalakkan fungsi uterin yang sihat
  • Energising Soy Protein (ESP) - Mengandungi isoflavone yang sangat menyokong hormon estrogen yang penting untuk kesuburan wanita
  • Vita Lea - Multivitamin lengkap yang mengandungi segala nutrien yang diperlukan oleh wanita yang menyokong ovulasi
  • Alfalfa Complex - Menyingkirkan toksin yang boleh menjejaskan kesuburan
  • Bagi yang mempunyai bajet lebih, boleh menambah Vivix yang fungsinya untuk mengimpak 4 mekanisme utama penuaan selular



Kita mesti berusaha dan jangan sesekali berhenti berdoa. In sya Allah...doa kita akan termakbul jua suatu hari nanti. Bersabarlah...dan yakinlah bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik. Setiap yang ditakdirkan pada kita ada hikmahnya. Saya mengerti perasaan anda, kerana saya juga pernah melalui situasi ini. Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.




Tuesday, 21 January 2014

MENOPAUS

MENOPAUS

Menopaus ditakrifkan sebagai berakhirnya kitaran haid bagi seorang wanita, atau dalam bahasa mudahnya disebut sebagai putus haid. Ini juga bererti tamat sudah fasa subur bagi seseorang wanita. Ia biasanya berlaku pada wanita pertengahan usia, iaitu pada lewat 40an sehingga awal 50an.


PERIMENOPAUS

Merujuk kepada tempoh peralihan semasa hampir menopaus. Ini berlaku akibat penurunan hormon estrogen dan progesteron yang dikawal oleh ovari. Menurut kajian, tempoh peralihan ini boleh berpanjangan sehingga setahun dan simptom perimenopaus adalah berbeza pada setiap wanita.


TANDA-TANDA  PERIMENOPAUS

  • Pendarahan yang tidak tetap - tempoh dan kuantiti yang luar biasa
  • Hot flashes dan berpeluh malam - sukar untuk tidur dan kerap terjaga tengah malam
  • Gejala faraj - kekeringan, gatal-gatal @ kerengsaan pada vagina
  • Gejala kencing - jangkitan pada saluran kencing yang menyebabkan pesakit kerap membuang air kecil; inkontinen kencing atau lemah pundi kencing yang menyebabkan keluarnya air kencing semasa batuk, ketawa, bersin ataupun ketika mengangkat benda berat.
  • Gejala emosi dan kognitif - keletihan, mudah lupa, cepat marah dan perubahan mood, kebimbangan, berdebar-debar
  • Perubahan fizikal - pertambahan berat badan, kulit mula kendur dan berkedut, sakit belakang

KESAN / KOMPLIKASI MENOPAUS
  • Osteoperosis - kemerosotan kuantiti dan kualiti tulang yang meningkatkan risiko tulang rapuh dan tulang patah
  • Osteoartritis - kehilangan bendalir yang menyokong sendi dan sendi haus
  • Penyakit kardiovaskular - penyakit jantung dan strok
  • Meningkatnya risiko menghidapi kanser

RAWATAN
  • Terapi penggantian hormon estrogen dan progesteron - mengawal gejala kekeringan faraj dan hot flashes
  • Pengambilan pil perancang untuk merawat pendarahan faraj yang tidak teratur
  • Rawatan bukan hormon - menggunakan pelembap dan pelincir bagi merawat kekeringan alat sulit
  • Ubat antidepresan - bagi mengurangkan hot-flashes (mempunyai kesan sampingan)



MENANGANI GEJALA PERIMENOPAUS DAN MENOPAUS CARA SHAKLEE


  • Vivix - mengimpak 4 mekanisme utama penuaan selular
  • Collagen Powder - menggantikan kolagen semulajadi yang kian susut, menegangkan kulit
  • ESP - Mengandungi isoflavone, mengurangkan panas badan dan peluh malam
  • B-Complex - Meminimakan retensi air dan mengelakkan tekanan
  • Ostematrix - Mengelakkan osteoperosis
  • Adv Joint Health - Meningkatkan keselesaan sendi
  • GLA Complex - Bagus untuk panas badan / hot flushes. Ia juga penting untuk menghasilkan estrogen
  • Omega Guard - Memelihara kesihatan jantung selepas menopaus
  • Vitamin E - Penting untuk keseimbangan hormon dan mengurangkan panas badan
  • Vitamin C - Mengurangkan flushes serta meningkatkan sistem imun

PRE-MENSTRUAL SYNDROME (PMS) - SINDROM PRA-HAID

APAKAH PMS?
Pre-menstrual syndrome ataupun sindrom pra-haid merupakan gabungan emosi, fizikal, psikologi dan mood yang mengganggu wanita selepas ovulasi (waktu subur) dn biasanya ia akan berakhir sebaik sahaja bermulanya aliran haid mereka. Contoh gangguan dalam bentuk emosi ialah cepat marah, murung, mudah tersentuh, mudah menangis. Contoh gangguan fizikal pula ialah merasa lesu, kembung perut, sakit di bahagian payudara, jerawat tumbuh serta perubahan selera makan. Kira-kira 80% wanita mengalami PMS, tetapi sering dipandang remeh. 
TANDA-TANDA PMS
  • Bimbang yang tak menentu
  • Ketegangan- mengambil serius semua perkara
  • Kemurungan
  • Mudah menangis walau hanya kerana hal yang remeh
  • Terlalu sensitif
  • Perubahan mood secara tiba-tiba
  • Badan terasa letih / lesu
  • Kembung perut (akibat pengumpulan cecair)
  • Mudah melenting / cepat marah
  • Badan terasa berat
  • Sakit di bahagian pinggang
  • Sakit payudara / payudara membengkak
  • Jerawat tumbuh di muka @ belakang badan
  • Insomnia / susah nak tidur
  • Perubahan selera makan - ada yang makan secara berlebihan, ada yang hilang selera makan
LANGKAH MENGURANGKAN GEJALA PMS
  • Bersenam dengan lebih kerap
  • Elakkan makanan tinggi garam sebelum haid
  • Kurangkan pengambilan kafein
  • Jangan merokok
  • Jauhi alkohol
  • Kurangkan minuman/makanan yang manis
  • Mendapat sokongan emosi dari orang sekeliling
  • Mengambil makanan yang seimbang
Terdapat beberapa kajian saintifik yang menunjukkan bahawa pengambilan vitamin B6, vitamin E,  kalsium dan magnesium boleh membantu mengurangkan PMS.

MERAWAT PMS CARA SHAKLEE
  • GLA Complex - Membantu seimbangkan hormon dan mengawal penghasilan prostaglandin
  • Ostematrix - Melegakan kekejangan, sakit belakang dan gementar
  • B Complex - Mengurangkan stress dan rasa sakit
  • Peppermint-Ginger Plus - Menenangkan dan membuang angin dalam badan
  • Vitamin C - Mengukuhkan kapilari, salur halus di dalam uterus serta mengurangkan kemungkinan untuk pecah yang boleh menyebabkan pendarahan berlebihan
  • Omega Guard - Mengurangkan kekejangan waktu haid
  • ESP - Isoflavone mengurangkaan simptom PMS
  • Vitamin E - Bagus untuk meredakan sakit payudara
  • Vita-Lea - Menggantikan zat besi yang hilang sewaktu haid
  • Collagen powder - Menggantikan kolagen yang hilang semasa haid



Monday, 20 January 2014

KEPUTIHAN / LEUKORRHEA

APA ITU KEPUTIHAN?

Keputihan atau nama saintifiknya Fluor Albus merupakan sekresi vaginal pada wanita. Pada asasnya. keputihan adalah perkara normal yang sering berlaku pada wanita. Walaubagaimanapun ia harus diawasi jika jumlahnya terlalu banyak, berketul-ketul, berwarna, atau menyebabkan kegatalan. Ini bererti ada infeksi yang berlaku. Infeksi ini boleh merebak ke saluran kencing jika tidak dirawat dengan betul.

KEPUTIHAN NORMAL

Juga disebut sebagai keputihan fisiologis, yang biasanya berlaku setiap bulan sebelum dan selepas menstruasi ataupun pada masa subur. Kadang-kadang keputihan juga berlaku apabila seseorang terlalu penat dan lesu. Ia biasanya tidak diiringi dengan rasa gatal.

TANDA-TANDA KEPUTIHAN NORMAL
  • Cairan jernih dan tidak melekit
  • Tidak mengeluarkan bau 
  • Berlaku sebelum dan sesudah haid
  • Berlaku pada waktu subur
  • Bayi perempuan yang baru lahir (pengaruh hormon yang dihasilkan oleh plasenta)
  • Remaja perempuan ketika hampir puberti (ia akan hilang sendiri selepas haid)
  • Tidak disertai rasa gatal

KEPUTIHAN ABNORMAL

Juga disebut sebagai keputihan patologis. Ia seringkali dikaitkan dengan rasa gatal di dalam dan sekitar bibir vagina disebabkan oleh infeksi dari bakteria, virus, kulat mahupun parasit. Infeksi ini boleh merebak dan menyebabkan keradangan pada saluran kencing sehingga pesakit akan merasa pedih dan nyeri ketika membuang air kecil.


TANDA-TANDA KEPUTIHAN ABNORMAL

  • Cairan yang keluar berwarna putih pekat, putih kekuningan, putih kehijauan atau putih kelabu. Ianya kental dan kadang-kadang berbuih.
  • Terdapat bau yang menyengat
  • Biasanya diiringi dengan rasa gatal
  • Iritasi pada vagina

PENYEBAB KEPUTIHAN
  • Hormon yang tidak seimbang
  • Gejala suatu penyakit tertentu
  • Masalah pH pada vagina
  • Tidak mencuci dengan bersih selepas membuang air
  • Memakai pakaian dalam yang ketat dan dari bahan sintetik
  • Terlampau letih
  • Stress

MENCEGAH KEPUTIHAN
  • Menjaga kebersihan vagina dengan betul
  • Membilas vagina dengan cara yang betul
  • Elakkan berkongsi seluar dalam
  • Gunakan seluar dalam dari kain kapas
  • Amalkan cara hidup sihat
  • Elakkan bertukar-tukar pasangan seks

KESAN KEPUTIHAN
  • Ketidakselesaan
  • Iritasi pada alat sulit
  • Petanda kepada kanser serviks, kanser rahim
  • Menyebabkan kemandulan
  • Boleh mengakibatkan kehamilan diluar rahim
  • Menyebabkan keguguran

RAWAT KEPUTIHAN DENGAN SHAKLEE
  • Vivix - mengimpak 4 mekanisme utama penuaan selular
  • Alfalfa Complex - membunuh kulat penyebab keputihan
  • Garlic - bertindak sebagai antibiotik
  • B-Complex - mencegah infeksi pada vagina
  • GLA Complex - berkesan sebagai anti-kulat
  • Collagen Powder - menggantikan kolagen yang hilang semasa haid
  • Vita C - membantu menguatkan sistem imun


PIGMENTASI / JERAGAT

APA ITU PIGMENTASI?

Pigmentasi juga dikenali sebagai jeragat dalam bahasa perubatan disebut sebagai melasma. Ia merupakan sejenis infeksi pada kulit yang menjadikan kulit berubah warna kepada coklat atau hitam. Orang yang banyak terdedah kepada sinar ultra ungu mudah mendapat pigmentasi. Ramai yang terkena pigmentasi di usia 30an dan ke atas.

SEBAB BERLAKUNYA PIGMENTASI
  • Terdedah kepada cahaya matahari terik / sinar uv
  • Perubahan hormon semasa hamil
  • Penggunaan hormon - contohnya pil perancang
  • Penggunaan kosmetik yang tidak sesuai
  • Genetik
  • Kekurangan kolagen akibat pertambahan usia


LANGKAH PENCEGAHAN
  • Gunakan pelembap wajah yang mengandungi SPF
  • Gunakan payung ketika berjalan di bawah matahari yang terik
  • Minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari
  • Elakkan dari merokok kerana nikotin dalam rokok merosakkan sel kulit
  • Cuci muka dengan pencuci bertekstur lembut setiap kali selepas melakukan aktiviti di luar dan sebelum tidur

CARA MENGATASI

Ada pelbagai petua dan saranan mengenai cara untuk mengatasi atau merawat pigmentasi, di antaranya;
  • Masker kentang - blend kentang mentah, ambil jusnya dan sapukan pada kawasan yang berjeragat
  • Masker kulit pisang - blend kulit pisang, ambil jusnya dan sapukan pada kawasan infeksi
  • Masker avacado - blend isinya, tapis, jusnya disapu pada kawasan infeksi
  • Masker madu - ambil madu dan campurkan dengan jus limau kasturi dan sapukan pada wajah
  • Amalkan cocoa butter (boleh didapati dari farmasi) - sapu dan urut pada jeragat
  • Gunakan krim / pelembap yang mengandungi SPF setiap kali keluar rumah
  • Sapu lendir dari daun lidah buaya - menyejukkan kulit

PERAWATAN SECARA MODEN
  • Pengelupasan Kimia - menggunakan larutan kimia untuk menghasilkan pengelupasan kulit bagi membuang lapisan kulit yang terkena pigmentasi. Ianya agak berkesan tetapi mesti diikuti dengan penjagaan kulit yang rapi. Kos dianggarkan di antara RM450-RM600
  • Laser - dikatakan lebih berkesan untuk merawat melasma dermal yang berada pada lapisan dalam kulit kerana gelombang laser boleh masuk lebih jauh ke dalam. Kos RM1000-RM2000
  • Mikrodermabrasion dan HV Iontophoresis - Menggunakan satu alat khas untuk menghasilkan pengelupasan secara mekanikal diikuti dengan rawatan pencerahan kulit. Kos RM750-RM900
  • Krim dan Sunblock - rawatan susulan kepada 3 rawatan di atas.



MENCEGAH DAN MERAWAT PIGMENTASI CARA SHAKLEE
  • VIVIX - ambil 1 sudu 2x sehari untuk mengimpak 4 mekanisme utama penuaan selular
  • Collagen Powder - 1 sachet 1x sehari untuk kulit yang lebih sihat dan anjal
  • Energising Soy Protein - 2 sudu 2x sehari untuk membina sel-sel kulit baru
  • GLA Complex - 3 biji 3x sehari untuk menyeimbangkan hormon
  • Vita E Complex - 2 biji 2x sehari untuk mengurangkan bintik penuaan
  • Carotomax - 1 biji 2x sehari untuk anti-oksida
  • B Complex - 2 biji 2x sehari untuk mengurangkan stress
  • Vita C - 3 biji 2x sehari untuk melicinkan kulit
  • Omega Guard - 2 biji 3x sehari untuk melancarkan perjalanan darah
  • Herb Lax - 4 biji sebelum tidur untuk membuang toksin dalam badan
  • Nutriwhite Skin Care - penjagaan kulit dari luar  







OBESITI- ATASI DENGAN CARA SIHAT

APA ITU OBESITI?

Obesiti dalam bahasa mudahnya ialah kegemukan. Apabila lemak terkumpul dan menimbun di dalam badan, seseorang itu dikatakan mengalami obesiti. Obesiti boleh dikategorikan sebagai satu penyakit kerana ia boleh membawa kepada penyakit-penyakit lain yang lebih serius.

Ciri-ciri obesiti

  • berat badan bersamaan 2X berat ideal atau lebih
  • berat badan 45kg lebih dari yang sepatutnya
  • BMI melebihi 30



Faktor pendorong obesiti

  • Tabiat pemakanan - makan secara berlebihan mengikut nafsu, tabiat makan didepan tv juga menjadi faktor penyumbang
  • Jenis makanan - mengambil terlalu banyak makanan yang tinggi kandungan gula, garam dan lemak
  • Kurang atau tidak bersenam - tidak mempunyai masa atau memang malas bersenam
  • Keturunan @ genetik - gemuk yang diwarisi dari ibu atau ayah 
  • Emosi yang tidak stabil - sesetengah orang akan makan secara berlebihan apabila dalam keadaan marah dan tertekan
  • Persekitaran - berkawan dengan orang yang kuat makan, anda mungkin terpengaruh
  • Pengambilan ubat-ubatan - pengambilan ubat seperti ubat anti depresi merendahkan metabolisme badan
  • Merokok - kebanyakan perokok yang berhenti merokok akan menjadi gemuk kerana nikotin yang membakar lemak sebelum ini telah tiada
  • Peningkatan umur - semakin bertambah usia, semakin tinggi risiko untuk gemuk, lebih-lebih lagi jika tidak aktif
  • Kehamilan - Wanita hamil memerlukan lebih tenaga dan kalori untuk dikongsi dengan janin
  • Kurang tidur - Apabila anda kurang tidur, perut akan lebih cepat lapar

Akibat dari obesiti


  • Penyakit Kencing Manis (Diabetes) : Risiko untuk mendapat type 2 diabetes meningkat dan dalam tempoh yang panjang ia boleh membawa kepada sakit jantung, strok, buta, kegagalan buah pinggang, amputasi kaki dan komplikasi semasa hamil.
  • Penyakit Jantung : Mengambil makanan yang tinggi kandungan garam dan lemak meningkatkan paras kolestrol dalam darah, sekaligus berisiko mendapat penyakit jantung.
  • Tekanan Darah Tinggi : Obesiti meningkatkan kadar degupan jantung. Ini memberi tekanan pada salur darah dan mencetuskan tekanan darah tinggi.
  • Kolestrol Tinggi : Kolestrol yang tinggi dalam darah boleh mencetuskan strok, serangan jantung dan juga kencing manis.
  • Osteoartritis : Kegemukan memberi tekanan kepada lutut, pinggul dan belakang
  • Kanser : Berat badan berlebihan dan gaya hidup yang tidak aktif menjadi salah satu penyebab semua jenis kanser
  • Penyakit Gastrousus : Orang gemuk mudah terkena batu karang.
  • Sleep Apnea : Gangguan semasa tidur
  • Strok : Tekanan pada sistem peredaran darah boleh mencetuskan strok
  • Lemah Pundi Kencing : Terkencing semasa batuk, bersin atau semasa sesi senaman
  • Komplikasi Pembedahan : Pesakit dengan masalah obesiti akan mengambil masa yang lebih panjang semasa pembedahan, proses pemulihan yang lebih lama dan lebih berisiko mendapat komplikasi.
  • Kemandulan & Keguguran : Berat badan berlebihan menjejaskan kesuburan wanita dan lelaki
  • Penyakit Hati : Meningkatkan risiko sirosis cryptogenic, penyakit hati berlemak
  • Penyakit Buah Pinggang : Ekoran dari Diabetes dan Tekanan Darah Tinggi
  • Kesan Psikologi : Rendah diri, tertekan, kemurungan
  • Masalah Pernafasan : Orang gemuk mudah semput.


Cara untuk mengatasi Obesiti / Menurunkan berat badan

  • Makan makanan seimbang
  • Elakkan makanan yang tinggi lemak, gula dan garam




















  • Amalkan gaya hidup aktif - bersenam, jogging, berjalan kaki, berbasikal, berenang, berkebun, melakukan kerja rumah, menari dll





PROGRAM DIET SHAKLEE

Program diet Shaklee mungkin berkesan pada anda.

Dengan 3 langkah mudah